Powered By Blogger

Thursday, 20 February 2014

Batak Hotstuff

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Eeee Hye , korang semua sihat ? Macam mana sekarang okey ?? Long disini pun sihat alhamdulilah :) Hehehe sorry laa sebab long sekarang kurang update Blogger ni sebab Busy dengan Homework banyak gilerr haissshhhh.. !!! Tapi maklumlah kan adab belajar katakan , lepas Spm ni syukur Alhamdulilah rilex laa kerjanya Hahaha Lepak jer memanjang kan. . . 

Harini long nak cerita tentang Bajet Hotstuff / Batak Hot. Pada masa sekarang ni kan bersepah budak hot dekat facebook tu , kalau online je adalah ayat2 B.A.T.A.K tuu... cth :
-Siapa yang tak like status ni saya nak remove dia
-Siapa single/taken dah like..
(Kriikkk Kriiikkk Krikkkk nampak terang2 dia tu batak !!! )

Kalau sekarang ni kan pasal guna AUTOTAG tu ,  yang itulah paling aku benci sekali sebabnya dia tag pun takda kena mengena dengan kita. Contohnya gambar !! Pukimak laaa kalau nak like pun , guna autolike laa siall asal main tag2 ni. Jahanam laaa mangkuk..


**Aku Anti Batak Hot**
**Ikhlas daripada saya Long Faiz Hehehe Anda comment lah sikit and bagi pendapat ke ?
**Wechat ID : LongFaiz
**Twitter : @Ohh_Longfaiz


**Twitter : @Ohh_Longfaiz

Thursday, 30 January 2014

Rusia

Aku berharap sangat nak jadi macam abang aku yang kini belajar di Rusia :( Hmmm Insyaallah kalau ada rezeki boleh sambung study at mana2 Universitit kan. :) Tahun ni aku akan menduduki SPM *NyawaHidupKu* Tapi hahaha sekarang dah masuk bulan 2 , apa2 pun belum tahu apa yang cikgu ajar. Minggu depan dah start Tuttion , haisshh...

Thursday, 23 January 2014

Happy Birthday too Me 24.01.2014

Syukur Alhamdulilah,
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu

Bagi Aku Hari Lahir Aku Itu Tiada Makna Dan Penuh Dengan Kesedihan Kerana Itu Aku Hampir Tidak Pernah Untuk Menyambutnya Dan Aku Tidak Harap Apa-apa Hadiah Pada Hari Itu.
Cukuplah Sudah Untuk Kau Luangkan Saja Sedetik Masa Mu Dengan ku, Setia & Sayang Akan Aku, Ingat Akan Tibanya Hari Lahir Ku Dan Menjadi Orang Yang Bersama Dengan Ku Untuk Menyambut Hari Itu Kerana Pada Setiap Hari Lahir Ku Pastinya Aku Akan Menjauh Dari Semuanya Kerana Tiada Satu pun Orang Di Sekeliling ku Yang Ingat Akan Hari Itu.
Jika Betul Sayang Maka Jangan Biarkan Aku Pergi Dan Sendiri Pada Hari Itu Seperti Mana Yang Berlaku Pada Waktu-waktu Yang Lepas.

Wednesday, 22 January 2014

Jodoh Itu di Tangan Tuhan

Janji Allah itu pasti. Dia akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya.
Pada satu petang, aku kesunyian tinggal seorang diri di dalam rumah. Ku capai laptop dan online facebook. Ada seseorang yang seperti pernah aku jumpa sebelum ini ingin berkenalan denganku. Setelah lama ku renung nampak  seperti kawan lama sekolahku. Lalu aku ‘approve’ dia sebagai kawan.
Tak lama kemudian dia menyapa di ruangan chat. Memandangkan  sendirian aku melayan ‘kawan lama’ itu berbual. Apabila tiba waktu maghrib dia meminta izin untuk solat dahulu. Dalam hatiku terdetik, bagusnya ‘kawanku’ ini. Usai solat kami sambung berbual. Dengan perencanaan Allah, kami ada ‘reunion’ dua hari selepas berbual di fb. Entah kenapa hatiku teruja untuk pergi ke ‘reunion’ sedangkan waktu itu kawan yang menguruskan ‘reunion’ bukanlah kawan rapatku. Aku sms beberapa kenalan rapat mengajak pergi ke ‘reunion’ tapi tiada seorang pun yang bersetuju. Masing-masing ada urusan petang itu. Dengan perasaan hampa, aku tidur.
Dalam hatiku tertanya-tanya kenapa aku begitu teringin pergi ‘reunion’ seperti ada magnet yang menarik. Lewat petang itu, aku terima sms yang mengajak aku pergi ke ‘reunion’. Dengan perasaan gembira aku bersiap ala kadar untuk berjumpa kawan lama di warung ABC. Kawan-kawanku sibuk menceritakan persiapan mereka untuk mendirikan rumahtangga, aku diam seribu bahasa. Aku tiada perancangan untuk berkahwin apatah lagi teman istimewa pun aku tiada.
IN29_FB_152800f
Hampir waktu maghrib aku tiba di rumah. Malam itu aku online fb seperti biasa. ‘Kawan lama’ tegur aku dan bertanya kenapa diam sahaja ketika ‘reunion’ tadi. Setelah berbual, dia bertanya akan statusku…. dengan tenang aku menjawab masih ‘single’.
‘Kawan lama’ terus melamar aku untuk menjadi teman istimewanya. Aku terkesima. Berbekalkan gerak hati, aku bersetuju dengan syarat dia boleh terima diriku seadanya dan tidak berjumpa berdua-duaan. Aku teringat kata-kata seorang senior dalam usrah ketika zaman belajar dahulu agar jaga batas pergaulan ketika couple kerana ia akan mencorakkan sedikit sebanyak akhlak anak kita nanti. Seseorang itu dibentuk dan dididik sejak zaman percintaan ibu bapanya lagi.
‘Kawan lama’ juga bersetuju dengan syarat yang telah aku berikan..
Sebelum tidur, aku terfikir betulkah tindakan yang aku lakukan ini? Dengan doa istikharah aku mohon diberikan petunjuk. Keesokkan harinya aku bangun tidur dan hatiku tenang. Kukira inilah jawapan Allah.
Aku minta pada ‘kawan lama’ supaya minta izin ibu bapanya sebelum meneruskan niat  untuk mengenaliku lebih dalam… begitu juga dengan diriku. Setelah kedua belah pihak memberi restu kami teruskan proses perkenalan ini. Semuanya berjalan dengan lancar.
No dating’ walaupun rumah kami hanya dua minit. Tapi aku tidak kenal di mana sebenarnya rumah ‘kawan lama’ aku walaupun kami sekampung. Aku berkongsi mutiara kata dan email-email menarik untuk kami jadikan motivasi dan panduan dalam hidup.
Hampir setahun berkenalan, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri perkenalan ini dengan ikatan yang sah. Aku tidak impikan majlis pertunangan, cukup sekadar ibunya menghantar sebentuk cincin sebagai tanda. Dalam tempoh 4 bulan bertunang, kami diuji.
Tanggal 2 Jun kami sah sebagai suami dan isteri. Paling tidak disangka, rumah yang pernah aku tumpang untuk reverse kereta dulu adalah rumah suamiku. Waktu reverse kereta hatiku terdetik kalaulah rumah ini buat kenduri mesti senang kerana kawasannya yang lapang.
Kini dia menjadi suamiku dan kami dikurniakan seorang puteri penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah kami bahagia meskipun diuji dengan tinggal berasingan dan hanya berjumpa di hujung minggu.
‘Kawan lama’ ini sebenarnya adalah rakan sekelas sejak  darjah 1.
zaman sekolah rendah4

Allah Maha Besar, ‘kawan lama’ ingat aku disebabkan pernah dimarahi ketika darjah 1 dulu.  Bila aku fikir kembali, begitu cantik aturan Allah. Kita merancang, Dia juga merancang tetapi yang terbaik itu dari Dia.
Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.


Copy & Paste

Saturday, 18 January 2014

Kehilangan Seseorang

Kehilangan seseorang atau diabaikan boleh membuatkan kita sakit hati dan kecewa.
Tapi aku tetap bersabar dan bertawakkal kepada Allah Yang maha Esa. :) Lupakan tentang kenangan lalu , yang dulu usah dirindu. Mulakan hidup baru dengan buku baru , buku 2014. Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa , lupakan kisah yang lalu teguh kan Iman mu . Doaku buat mu kasih..... :)

Friday, 17 January 2014

Kekasihku

Kepada dream kekasihku yang ku cintai dan sayangi , walaupun kamu kini tidak lagi menjadi kekasihku tapi aku selalu berdoa kepada mu agar gembira dan bahagia dengan orang yang kamu cintai. Tuhan jagakan dia , dia adalah kekasihku yang kini bukan milik ku lagi. Aku gembira tengok kamu bahagia dengan orang lain walaupun hati aku tersakiti.

Cinta

Cinta membuatkan aku derita dan tersiksa. Kerana aku tersilap memberikan ia kasih sayang ku terhadap dia. Hmmmm sekarang aku putus asa untuk bercinta. Mencari pasangan / couple yang kedua mungkin hati aku ini tidak boleh bagi kasih sayang aku ni kepada dia lagi kerana aku takut , aku Takut sangat untuk memberinya. Mungkin ini semua ada hikmat di sebaliknya . Allah itu maha adil lagi maha mengetahui, aku berserah kepada yang maha Esa ini. Jikalau jodoh insyaallah Hubungan akan kekal selamanya . Keluarga aku pun alhamdulilah memberi dorongan dan semangat yang padu untuk ku . Kini aku tanak fikirkan tentang couple2 ini just nak belajar . Tahun ni adalah penentu hidup ku demi masa depan yang aku akan hadapi. Insyaallah :)