Powered By Blogger

Wednesday, 30 April 2014

AKU HANYA INSAN BIASA

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang". Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a




"Aku hanya manusia biasa”. itulah satu-satunya perkataan ku dulu. Aku lupa… aku bukan sekadar manusia biasa. Aku sebenarnya manusia biasa juga hamba-Nya yang hina. Seorang hamba yang buta, bodoh, emosi dan lemah.


Aku buta kerana aku tidak dapat melihat sesuatu yang terang tentang cinta.


Aku bodoh kerana aku tidak dapat memahami hakikat sebenar tentang cinta.


Aku emosi kerana aku tidak dapat merasai sesuatu yang pasti tentang cinta


Aku lemah kerana aku tidak dapat menyedari sesuatu yang jelas tentang cinta.


Aku tidak pasti adakah aku pernah merasai “cinta” atau adakah yang pernah dan masih aku rasai ini adalah CINTA… Yang pasti… aku mencintai ibubapa ku, keluarga ku dan rakan-rakanku.

Oleh kerana “cinta-cinta” itu, aku pernah jadi buta, bodoh, emosi dan lemah… bukan kerana kejam dan tidak berperikemanusiaannya mereka pada cintaku. Tapi kerana biasa dan hinanya aku sebagai manusia dan hamba-Nya…


Aku lupa 2 ayat yang ternyata amat layak mengetuk relung hatiku…


“CINTA DUNIA” itu tiada yang kekal. Lalu… cintailah seadanya. Sebagaimana kita merelakan cinta dunia itu hadir dalam hidup kita, lalu kita juga perlu bersedia dengan lapang dada seandainya cinta dunia itu ingin pergi.


“CINTA SEJATI” itu suci, tulus, ikhlas. Tidak mengharapkan balasan… dan cinta sejati itu tidak semestinya bersatu. Tidak selalunya bersama.


Demi Allah ! Dia yang menciptakan kita, semestinya Dia lebih memahami kita. Dia menyayangi kita, amat mengambil berat tentang kita… lalu telah Dia tinggalkan peringatan-peringatan tentang bagaimana seharusnya cinta itu… supaya… di suatu saat, kita tidak bersedih saat kehilangan cinta dan kita tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan-Nya hanya kerana cinta…


Wallahu`alam


No comments:

Post a Comment