TRAGEDI MH17 SATU ‘ISYARAT BESAR’ UNTUK KITA BERSATU
Apabila berita MH17 dilaporkan terhempas, seperti biasa kita akan lihat juak-juak politik dari kem-kem berbeza mula salah menyalahkan antara satu sama lain. Yang tidak salahpun mereka manipulasi sehingga nampak salah dan mengurangkan kredibiliti saingan politik mereka.
Malaysia sedang diuji bertubi-tubi. Bukan sekadar Malaysia tetapi juga umat Islam keseluruhannya. Lihatlah bagaimana kronologi kemusnahan yang berlaku dari Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir, Syria, Lebanon, Palestin, Rohingya.. bilakah tiba giliran kita? Adakah lagi nafsu untuk berfirkah dan berpecah-belah?
Malaysia juga diuji semenjak pencabulan kedaulatan negara di Sabah tahun lalu, tragedi kehilangan MH370, kembali semula serangan ke atas Sabah dan yang terkini pesawat kebanggaan kita MH17 hancur ditembak jatuh menyembah bumi asing. Jasad-jasad manusia melayang ke bumi. Masih lagi kita nak berpecah dengan segala dugaan ini? Ayuhlahhh…
Letak politik di tepi
Letak beza warna di tepi
Letak beza kaum di tepi
Letak beza agama di tepi
Letak beza warna di tepi
Letak beza kaum di tepi
Letak beza agama di tepi
Jika dengan yang bukan Islam kita boleh bersatu dalam satu pakatan, mengapa tidak semua itu bersatu dalam satu pakatan yang lebih besar? Untuk apa penyatuan itu? Untuk membela maruah kita rakyat Malaysia yang sedang dibuli oleh kuasa besar..!!
KITA DIBULI.. MASIH BOLEH RASA SELESAKAH?
Jika kita menaiki sebuah van melalui satu kejiranan yang biasa kita lalui setiap hari, tetapi kali ini van kita diletupkan oleh jiran yang tidak kita bermasalahpun. Sebagai pemilik van dengan isi van yang sebahagiannya anak-anak kita juga… adakah sekadar cukup untuk membiarkan dan melepaskan mereka hanya dengan ungkapan kelat…
“Mereka tersilap…maafkanlah mereka, kita berbaik sangka sahajalah”
Pesawat kita sudah hancur berkecai, mayat dan cebisan mayat bergelimpangan dan berserakan merata-rata. Team penyelamat tidak juga kunjung tiba. Selapas 3 hari kejadian, pasukan penyelamat dan pencari yang kita hantar juga masih ding dong untuk mendapat kebenaran masuk ke kawasan kejadian. Hari ini baru diberitakan kemungkinan pasukan SAR kita akan berangkat menuju tempat kejadian, itupun masih belum pasti kerana menimbangkan tahap keselamatan.
Kotak hitam, hak mutlak kita diberitakan sudah dijumpai namun diambil pihak keselamatan Ukraine, 196 mayat pula dikutip oleh pihak pemberontak dan dibawa pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui. Sanak saudara sudah kering airmata meratapi insan yang ‘pergi’… dapat lihat jenazah pun jadilah..
Australia yang mengusulkan kepada PBB dikatakan hanya akan mengundi hari ini (isnin) agar memberi tekanan untuk pasukan penyiasat diizinkan masuk. Perlu UNDI LAGI??? Dalam soal kemalangan yang sadis begini, urusan geopolitik masih diutamakan. Terhegeh-hegeh untuk membuat keputusan. Apa sudah jadi dengan masyarakat dunia ini?
APA TINDAKAN WAJAR MENANGANI PEMBULIAN INI?
Ada yang kata, kita patut turunkan segala kelengkapan peperangan kita untuk dikerah menyerang mereka. Sedar diri sedikit, itu tempat orang. Senjata dan kapal terbang kita pun mereka yang buat. Berbanding isu Palestin, jika mereka memiliki kelengkapan peperangan seperti kita, kemungkinan besar mereka mampu menang disebabkan KEBERANIAN mereka. Malangnya sudahlah yang berjiran buat tak tahu.. yang nak membantu pun masih sukar untuk bersatu.
Hari ini, adakah keberanian kita berbelah bahagi? Kita juang untuk apa? Untuk UMNO? Untuk PAS? Untuk PKR? Untuk DAP? Ataupun UNTUK MALAYSIA?
Kita semua membesar menyaksikan Penerbangan kebanggaan negara kita Malaysia terbang membelah angkasa melangkaui dunia. Penerbangan Malaysia sudah sinonim sebagai pembawa bendera Malaysia yang sangat kita banggakan dan hormati. Namun, semasa dalam keadaan senang dahulu, ada tangan yang gatal meraih keuntungan dan laba peribadi dengan pelbagai kes korupsi, nepotisme dan kronisme yang sudah sebati dalam praktis MAS.
Selepas kecundang, kita angkat semula syarikat itu dengan dana awam. Beberapa tahun kebelakangan ini, MAS asyik mencatat kerugian berbanding untung. Keadaan sangat Ramadh (panas). MAS wajib BERPUASA untuk bangkit semula. Bersihkan MAS dari segala amal korupsi yang telah menjadi barah. Harga RM2 boleh jadi sampai RM5 kerana RM3 untuk habuan jerung dan bilis di antaranya.
Untuk jadi patriotik tidak semestinya dengan menggalas senjata memperjuang kemerdekaan sahaja, tetapi mempertahankan diri sendiri dari melakukan keburukan yang mampu merosakkan integriti syarikat juga satu nilai patriotisma.
MAS berada dalam keadaan yang paling rendah moralnya sejak ia ditubuhkan. Ini bukan masa untuk kita menuding jari, ini masa untuk kita bangunkan semula tiang bendera kita yang sedang rebah. Jangan lagi cerita ini salah Anwar Ibrahim, ini salah Najib Razak, ini salah Tun Mahathir, ini salah Lim Kit Siang, tetapi tragedi yang berlaku ke atas kebanggaan Malaysia ini mampu untuk kita sama-sama atasi jika semuanya bersatu di bawah satu bendera.
Tolak dahulu perbezaan, sudah 2 kapal terbang kita dipermainkan seperti nyawa manusia di dalamnya langsung tiada harganya. Ini masanya untuk kita bersatu dan menyokong segala usaha yang dilakukan ke arah kekuatan negara. Mereka berani buli kerana kita lemah atau KELIHATAN lemah. YAB PM perlukan sokongan tidak berbelah bahagi atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, bukan perdana menteri UMNO, dan kita sewajarnya menyokong beliau atas dasar MALAYSIA dan bukannya parti.
PM mampu berdiri lantang atau lebih lantang lagi berbanding Tun Mahathir jika kita rakyat Malaysia mampu bersatu di belakang beliau dalam isu ini. Kemusnahan ini tidak mengira mangsa; dari parti mana, bangsa atau agama apa..!
Sebatang tubuh manusia akan jadi kuat untuk berfungsi jika semua anggota KIRI dan KANAN mampu dijalankan dan disatukan dengan 1 command dari 1 otak. Cukup cukuplahhh.. Kita patut belajar bagaimana kita masih bertelagah menghadapi isu Pecerobohan Sulu tahun lalu. Sepatutnya dengan kemampuan negara kita, isu Sulu itu boleh diselesaikan dengan mudah jika kita bersatu.
KESIMPULAN
Kekacauan yang berleluasa di seluruh dunia ini kerana manusia sudah tidak lagi ‘beragama’ kecuali atas nama dan IC semata-mata. Semua agama sudah tidak difahami, diamalkan dan dihayati secara BENAR lagi. Kita sudah lama lalai. Lihat betapa lemahnya Muslim Bosnia terhadap Islam, begitu juga keghairahan rakyat Palestine yang dahulunya sanggup menjual tanah mereka, lihat juga betapa banyaknya maksiat di negara Islam di sana sini.
Kita sudah tidak banyak bezanya dengan penganut agama lain. Riba’, rasuah, pecah amanah, arak dan zina telah menjadi amalan harian tanpa sedikitpun merasa berdosa. Lihatlah betapa warga Arab yang kaya raya dan hidup mewah senyap sepi tidak pedulikan nasib saudaranya. Bila Raja Faisal cuba bersuara mempertahankan Palestine 1975 dahulu, beliau dibunuh.. mengapa? Kerana ada yang gila kuasa.
Jika kita bersatu dan tidak melalaikan perintah agama seperti ini, tidak mudah untuk kita diperangi. Tidak dinafikan peperangan ini sebahagiannya ada unsur dendam antara agama. Namun hari ini, sebahagian besar penganut Yahudi dan Kristian sendiri membantah keras kezaliman Israel. Lihatlah berapa banyak peperangan dan pembunuhan yang tidak lagi berlandaskan agama sedang berlaku di wilayah bergolak di Rusia. Perang saudara sesama Islam juga melambangkan betapa bingungnya kita terhadap agama kita sendiri.
Manusia kini sudah kembali berperangai seperti haiwan, ibarat kera yang penuh dengan ejek mengejek dan tipu muslihat semata-mata kerana sesisir pisang. Manusia sudah sama, bahkan lebih teruk dari babi yang hebat dengan habit menyondolnya, yang najisnya sampai ke darah daging. (QS:5/60, QS;7/179).
Kita sudah kembali ganas seperti ular dan buaya yang bercabang lidahnya, yang sanggup membelit serta menalan mangsa sekali dengan kasut dan topi keledarnya. Ironinya, golongan yang jahat, ganas, membelit dan zalim seperti haiwan itu yang diagung dan disembah manusia.
Biar apapun konspirasinya, biar siapapun dalangnya, yang jelas MAS sedang teraniaya. Malaysia sedang dibuli oleh kuasa besar dan jahat. Kita perlukan seorang ketua yang kuat, tegas dan berani, di mana rakyat berdiri teguh di belakangnya untuk menyuarakan isihati dan hak rakyat Malaysia.
Kami rayu, marilah bersatu dengan memberikan sokongan padu kepada NEGARA MALAYSIA agar kita tidak menjadi ulam kuasa besar dunia ini.
MAS dan Malaysia sedang tertindas dan teraniaya dengan konspirasi ini. Doa golongan yang teraniaya itu mustajab secara semulajadi. Sudah naik kasihan pada MAS walaupun dahulu pernah rasa benci dan sakit hati.
Mari sama-sama beri empati dan simpati, berikan sokongan kepada PENERBANGAN MALAYSIA, kepada MALAYSIAN HOSPITALITY (MH), kerana KITA RAKYAT MALAYSIA dan bukannya Rakyat sebuah Parti. Ayuh bantu pulihkan semangat kakitangan MAS. Beri mereka peluang untuk bangun semula selepas tekanan bertubi-tubi ini.
Kami tetap dengan Penerbangan Malaysia.
WARGA PRIHATIN
WARGA PRIHATIN

No comments:
Post a Comment