Powered By Blogger

Friday 21 November 2014

KU BERFIKIR


Ku berfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk ku temui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya



Ku berfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk ku temui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri



Ku berfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk ku temui
Ahli profesional yang bertakwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dihati
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat



Ku berfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk ku temui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka



Ku berfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk ku temui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat



Ku berfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk ku temui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir



Namun ku tetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang ku fikirkan…

JAGALAH HATI...



wassalam

HINAAN


Pernah suatu ketika Imam Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Talib yang bergelar as-Sajjad berkata kepada Asy-Syibli yang baru pulang dari haji, “Pernahkah kamu hai Syibli berkunjung ke Masjidil Haram, ke rumah Allah al-Haram?” “Tentu wahai putera Rasulullah.” jawab Asy-Syibli. “Apakah ketika engkau berkunjung ke Masjidil Haram engkau haramkan dirimu untuk menjatuhkan kehormatan sesama kaum Muslimin dengan lidahmu, tanganmu, dan perbuatanmu?”

Imam Ali Zainal Abidin mengulangi pertanyaannya kepada Asy-Syibli, “Apakah ketika kamu masuk Masjidil Haram kamu berniat untuk memelihara kehormatan kaum Muslimin dan tidak akan menjatuhkan kehormatan mereka dengan lidahmu, tanganmu, dan perbuatanmu?” Ketika Asy-Syibli menjawab, “Tidak duhai putera Rasulullah,” Imam Ali Zainal Abidin berkata, “Kalau begitu engkau belum masuk Masjidil Haram.”

Imam Ali Zainal Abidin dalam riwayat tersebut berpesan kepada kita semua, jika kita berangkat haji kemudian pulang tetapi masih suka memfitnah, mengadu domba dan mengumpat orang sesama Muslim, masih juga mencemuh, mengejek, atau menyakiti hati sesama muslim, maka pada hakikatnya kita belum lagi melaksanakan haji.


Akhir-akhir ini banyak kegiatan yang disandarkan dengan label Islam yang saya temui, yang rajin mengaji, ke mana-mana membawa al-Quran, yang wanitanya pula berjilbab besar, yang lelaki siap berjubah dan serban serta berjanggut, tetapi suka mencemuh serta menghina orang lain yang tidak seperti mereka. Mungkin sudah menjadi kebiasaan mereka untuk bersikap seperti itu.

Sebuah kisah benar yang berlaku beberapa tahun yang lalu ini moga menjadi pelajaran buat kita…seorang wanita yang baru belajar mengenal Islam walau dilahirkan oleh ibubapa muslim yang tinggal di pantai barat tanahair telah tinggal di asrama orang-orang Kristian. Di asrama itu dia diperlakukan dengan hormat dan kasih sayang.  Setiap kali pulang dari masjid, dia ditegur.  Kalau ada majlis keraian, dia diajak menyertai sama, walaupun mereka tahu bahawa dia seorang Muslimah, tapi mereka memperlakukannya dengan baik dan menghormati anutan wanita tersebut. Suatu saat, seseorang bertanya kepadanya, “Kenapa kamu tinggal di asrama Kristian, kenapa tidak memilih asrama Muslimah yang ada di sekitar situ?”

Akhirnya, dia berpindah dari asrama itu ke asrama yang hanya di diami oleh wanita muslim. Wanita muda ini belum menggunakan jilbab. Selepas beberapa hari tinggal di situ, dia menghadapi wajah-wajah garang dan ada antara mereka yang mengutuk serta menghinanya kerana tidak memakai jilbab. Jika sesama wanita yang memakai jilbab pulang dari pengajian, mereka disambut dengan peluk cium. Tapi bila dia yang pulang, mahu bersalam tangan pun tidak, malah mereka memalingkan wajah, hanya kerana dia tidak mengenakan jilbab. Hanya kerana  tidak pakai jilbab, dia dijatuhkan kehormatannya, dicemuh, dan diasingkan. Malang sungguh nasib wanita itu. Kasihan juga wanita-wanita “Muslimah” itu. Wanita-wanita tadi mungkin bagus dalam memakai jilbabnya, rajin baca al-Quran, tidak pernah tinggal solat, solat malam pun tidak pernah diringankan, tetapi tanpa sedar, mereka telah melakukan dosa besar.

Walaupun mereka sangat tekun beribadah dan menjalankan sunnah-sunnah Nabi, tetapi tanpa sedar mereka telah terjerumus dalam dosa besar ketika mereka menghina dan memandang remeh pada orang lain.

Tahukah kita, sebesar manakah dosanya menjatuhkan kehormatan sesama Muslimin…?

Sebuah riwayat dalam buku yang berjudul Tafsir bil Ma’tsur,“Ketika Rasulullah Tawaf mengelilingi Kaabah, Baginda saw berhenti di Multazam. Baginda saw bergantung di tirai Kaabah kemudian Baginda saw berkata, ‘Wahai Kaabah, betapa mulianya engkau, betapa agungnya engkau, betapa luhurnya engkau. Tetapi demi Zat yang diriku ada di tangan-Nya, kehormatan seorang Muslim lebih tinggi dari kehormatan Kaabah.”

Betapa mulianya kehormatan seorang Muslim, bahkan kehormatannya lebih tinggi dari Kaabah. Dari situ dapat kita tarik sebuah kesimpulan bahawa menjatuhkan kehormatan seorang Muslim dosanya lebih besar daripada menjatuhkan kehormatan  Kaabah.

Sebuah cerita dari rakan saya yang serupa dengan cerita di atas. Pernah suatu ketika rakan saya ini  diboikot oleh teman-teman pengajiannya yang “soleh”. Dia diboikot hanya kerana tidak turut serta dengan organisasi yang mereka ikuti. Kebetulan organisasi yang mereka ikuti adalah organisasi keislaman yang dapat dikatakan namanya sedang “besar” di tanahair kita ini. Saya tidak mahu menyebutkan nama organisasi tersebut, kerana saya takut pembaca jatuh pada kesalahan bersangka buruk dengan beranggapan bahawa orang-orang yang menyertai organisasi itu pasti semuanya bersikap seperti sikap mereka. Saya masih bersangka baik pada organisasi tersebut. Saya yakin tidak semuanya seperti itu.


Akhirnya rakan saya tadi berpindah ke rumah sewa lain di mana dia diterima dengan tangan terbuka tanpa cemuhan, boikot, umpatan dan cacian.

Menurut ilmu psikologi, kita sebagai manusia memiliki kecenderungan mudah untuk mencemuh orang lain ketika orang tersebut berbeza dengan kita. Misalnya berbeza parti politik, berbeza organisasi keislaman, mahupun berbeza mazhab yang dianuti. Manusia cenderung bersimpati kepada seseorang yang memiliki kesamaan dengan dirinya. Ketika ada seseorang yang berbeza dengan dirinya, maka muncul sikap kebencian kepada orang itu.


Tidak percaya? Silalah cuba berbeza dengan orang lain dalam segala hal, nescaya kita akan dicemuh, dijadikan bahan umpatan atau dijauhi.

Pernahkah kita merenung hikmah dari sebuah gitar. Gitar yang terdiri dari beberapa tali dengan nada yang berbeza-beza. Tetapi ketika kita memainkannya, maka gitar itu mengeluarkan irama yang harmoni, yang sedap untuk kita dengar. Apakah gitar itu lebih mulia dari kita, seorang manusia? Kenapa ketika kita berbeza, kita menjadi saling mencemuh, saling menghina, bahkan saling memerangi satu sama lain?


Bukankah kita diciptakan dengan menjadi berbagai suku, agama, bahasa, buah fikiran, sifat serta tindak-tanduk yang berbeza? Lalu kenapa kita seolah-olah ingin menghilangkan perbezaan itu? Pernahkah kita, sebagai manusia, terfikirkan bahawa perbezaan di antara kita merupakan sebuah rahmat? Lalu kenapa kita membuat semua itu menjadi tidak harmoni?

Banyak di antara kita ternyata belum mengetahui betapa besar dosanya menjatuhkan kehormatan sesama Muslim. Banyak di antara kita ternyata belum menyedari bahawa mencemuh, menghina dan mengumpat saudara sesama Muslim merupakan sebuah dosa besar.

Setelah kita mengetahui bahawa kehormatan seorang Muslim lebih tinggi dari kehormatan Kaabah. Setelah kita menyedari bahawa menjatuhkan kehormatan seorang Muslim dosanya lebih besar daripada menjatuhkan kehormatan Kaabah. Apakah kita akan meneruskan kebiasaan mencemuh, menghina dan menjatuhkan kehormatan saudara sendiri sesama Muslim? Wallahu a’lam…

PINTU REZEKI

Ingin kaya harta dan pahala?


1. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR.

Allah swt berfirman: “Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Robb mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Qs. Nuh: 10-12)

Al-Qurtubi berkata, “Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahwa istighfar merupakan salah satu cara diturunkan rezeki dan hujan.

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memperbanyak istighfar (memohon ampun pada Allah), nescaya Allah menggantikan setiap kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” ( Abu Daud)


2. BERTAKWA KEPADA ALLAH

Allah berfirman: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (Qs. Ath-Thalaq: 2-3).

Ibnu Katsir berkata, “Maknanya, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan Nya dan meninggalkan apa yang dilarang Nya, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar, serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.”


3. BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Nabi Muhammad saw bersabda, “Sungguh, seandainya kalian betawakkal kepada Allah  dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung, mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang  di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Ahmad dan Tirmizi)


4. RAJIN BERIBADAH

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam!, beribadahlah sepenuhnya kepada Ku, nescaya Aku penuhi (hatimu) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. Jika kalian tidak lakukan yang sedemikian, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak aku penuhi keperluanmu (kepada manusia).” ( Tirmizi, Ahmad, dan Ibnu Majah).


5. HAJI DAN UMRAH

Firman Allah swt, “Lakukanlah haji dan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, emas, dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur kecuali syurga.” (Ahmad, Tirmizi, dan An-Nasa`i).


6. MENJAGA SILATURAHIM

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknya ia menyambung (tali) silaturahim.” (Bukhari).


7. BANYAK BERSEDEKAH

Allah berfirman, “Katakanlah: ‘Sesungguhnya Robb ku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki Nya di antara hamba-hamba Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki Nya)’, dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Qs. Saba`: 39).

Rasulullah saw bersabda dalam hadis Qudsi, “Wahai anak Adam, bersedekahlah, nescaya Aku memberi rezeki kepadamu.” (Abu Daud).

8. MEMBANTU PENUNTUT ILMU
Disebutkan sebuah kisah, “Dahulu ada dua orang saudara pada masa Rasulullah saw. Salah seorang daripadanya mendatangi nabi dan (saudaranya) yang lain bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu pada nabi, maka Baginda saw bersabda, “Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia.” (Tirmizi, Hakim).

9. MEMBANTU ORANG LEMAH
Rasulullah saw bersabda, “Bantulah orang-orang lemah, kerana kalian diberi rezeki dan ditolong lantaran orang-orang lemah di antara kalian.” (Muslim dan An-Nasa`i).

10. BERHIJRAH
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (Qs. An-Nisa`: 100).

Moga kita sama-sama mengambil manfaat dan diberikan kemudahan oleh Allah untuk melakukannya dengan istiqamah…
Jagalah hati…

SEANDAINYA DULU

Dalam satu riwayat, Rasulullah saw mendapat berita bahawa seorang sahabat yang tinggal jauh dari Madinah telah meninggal dunia. Rasulullah saw baru saja ingin bertanya khabar terakhir sahabat itu, kerana sebelumnya Baginda saw mendengar bahawa ia sakit dan beliau belum sempat berziarah kerana jarak yang begitu jauh.


Mendengar berita bahawa sahabat yang ditanyakan telah meninggal dunia, Rasulullah saw bertanya kepada orang yang membawa berita, “Apakah ia mengatakan sesuatu sebelum dia meninggal?” Orang itu menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.”

“Apa yang diucapkannya?” tanya Rasulullah saw.

Katanya, “Andaikan Dulu…”

“Ia mengucapkan, ‘Aduhai, cuba andaikan dulu itu banyak. Aduhai, cuba andaikan dulu itu baru. Aduhai, cuba andaikan dulu itu sempurna.” Dan sungguh kami semua tidak mengerti apa yang dimaksudkannya dengan “banyak, baru, dan sempurna’ itu,” tutur sahabat pembawa berita tadi kepada Baginda saw.

Rasulullah saw menjelaskan, “Maksud ucapannya ‘andaikan dulu itu banyak’, Suatu ketika ia hendak pergi melaksanakan solat berjamaah. Dalam perjalanan, ia berjumpa seorang yang buta. Maka ia memimpin orang buta itu menuju masjid untuk solat berjamaah. Pada saat ia hendak meninggal, Allah swt tunjukkan betapa besar pahala amalnya ketika memimpin orang tua buta menuju masjid. Itulah sebabnya ia berkata, ‘Andaikan dulu itu banyak.’ Banyak kesempatan menolong orang buta dan kesempatan baik lainnya untuk tidak disia-siakan, kerana begitu besar pahalanya.

Ucapannya ‘andaikan dulu itu baru’, maksudnya, suatu ketika ia keluar hendak solat Subuh berjamaah. Saat itu cuaca teramat dingin dan berkabus. Di tengah perjalanan, ia menemui orang tua di pinggir jalan tengah menggigil kedinginan, mungkin tidak akan selamat kerana menahan dingin yang begitu mencekam kalau tidak segera ditolong. Pada saat itu si Fulan mengenakan dua lapis pakaian, sehelai pakaian yang baru dan sehelai lainnya sudah usang. Melihat keadaan orang itu, ia melepaskan pakaian tebalnya yang sudah usang dan memberikannya kepada si tua yang tengah menggigil kedinginan. Pada saat hendak meninggal, Allah swt tunjukkan betapa besar pahala yang akan diterimanya kerana telah memberikan baju usangnya kepada si tua itu. Itulah sebabnya ia berkata, ‘Andaikan dulu itu baru.’ Bukan yang usang yang ia berikan kepada orang tua itu. Pastilah lebih besar lagi pahala yang akan Allah swt berikan.

Adapun ucapannya ‘andaikan dulu itu sempurna’, madsudnya, suatu ketika ia pergi berdagang seperti kebiasaannya. Sepulang berdagang ia segera menemui isterinya seraya menanyakan apakah ada makanan yang tersedia, kerana rasa lapar yang teramat sangat sehingga tubuhnya mulai lemah. Si isteri memberitahu bahawa tidak ada makanan yang tersisa kecuali hanya sekerat roti kering. Oleh kerana sudah tidak lagi mampu menahan rasa lapar, ia meminta isterinya untuk segera mengambil roti tersebut dengan segelas air untuk mengalas perut. Baru saja hendak menyuap roti itu, tiba-tiba terdengar ada seseorang mengetuk pintu dari luar. Ketika pintu dibuka, didapatinya seorang tua lusuh berdiri di depan pintu. Orang itu memohon agar ia sudi memberikan makanan untuk menghilangkan rasa laparnya yang sudah teramat berat dirasakan kerana seharian tidak menemui apa jua makanan. Menyaksikan orang tua yang teramat lemah itu, hatinya merasa hiba. Sekerat roti yang hendak dimakannya tadi ia belah menjadi dua bahagian dan ia memberikan satu bahagian kepada orang tua tadi. Pada saat menjelang kematiannya, Allah swt memperlihatkan pahala yang akan diterima kerana amalannya menolong orang tua dengan memberinya sepotong roti. Itulah sebabnya ia berkata, ‘Andaikan dulu itu sempurna.’ Sempurna yang ia berikan kepada orang tua yang lapar itu, pastilah akan lebih besar dan sempurna lagi pahala serta balasan yang akan diterimanya,” tutur Rasulullah saw menjelaskan kepada para sahabat yang ada di sekeliling Baginda saw pada saat itu tentang maksud ucapan sahabat yang diberitakan telah meninggal dunia tersebut.


Menghormati Orang Tua

Dalam riwayat yang lain, suatu ketika Imam Ali bin Abi Talib ra hendak menuju masjid untuk menunaikan solat berjamaah. Di tengah jalan, ia perlahankan langkah kerana di depannya terdapat orang tua yang juga berjalan pada arah yang sama. Imam Ali terus berjalan di belakang orang tua itu dan tidak mendahuluinya meskipun ia tahu akan tertinggal jamaah.

Begitu mulia akhlak Imam Ali dalam menghormati orang tua. Ini kerana ia selalu mengingat sabda Rasulullah saw, “Bukan golongan kami orang yang tidak menghormati orang yang tua di antara kami dan tidak menyayangi orang yang kecil di antara kami.”

Setelah beberapa saat berada di belakang orang tua itu, sesampainya di depan masjid, ternyata orang tua itu tidak masuk ke dalam masjid, kerana ternyata dia orang Yahudi.

Imam Ali kemudian memuji Allah swt. Ia mengucapkan, “Alhamdulillah.”

Di dalam masjid, Rasulullah saw sedang mengimamkan solat.  Ketika Imam Ali masuk ke dalam masjid, Rasulullah dan para sahabat sedang rukuk rakaat keempat. Agak lama Baginda saw tetap dalam posisi rukuk sampai Imam Ali masuk ke dalam saf. Setelah itu barulah Rasulullah saw mengangkat kepalanya. Dan kali itu Rasulullah tidak membaca bacaan yang biasa dibaca saat kembali dari rukuk (“Allahu Akbar”). Beliau membaca “Sami`allahu liman hamidah (Allah mendengar hamba yang memuji Nya)”.

Selesai solat, para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw mengapa Baginda saw melakukan rukuk lama sekali dan bacaan yang dibaca di saat bangkit dari rukuk bukan takbir seperti biasanya.

Rasulullah saw menjelaskan, “Pada saat hendak rukuk, Malaikat Jibril as datang dan menahanku untuk tidak segera bangkit, menunggu kedatangan Ali, kerana Allah swt redha dengan apa yang dilakukan oleh Ali dengan menunjukkan ketinggian akhlaknya, sekalipun itu kepada orang Yahudi, dan Allah mendengar pujian yang diucapkan oleh Ali. Itulah sebabnya aku mengucapkan ’Sami`allahu liman hamidah’.”

Setelah anjing-anjing itu Kenyang

Dalam riwayat yang lain diceritkan, suatu saat Imam Ahmad bin Hambal datang ke suatu tempat yang jauh dari negerinya untuk mengambil hadis dari seorang ulama yang dia ketahui banyak meriwayatkan hadits Nabi saw.
Sesampainya di kediaman syeikh tersebut, Imam Ahmad melihat syeikh itu sedang memberi makan kepada berpuluh-puluh ekor anjing.

Melihat kedatangan Imam Ahmad, syeikh mempersilakannya untuk menunggu di dalam rumah. Imam Ahmad masuk ke dalam rumah dan duduk menunggu syeikh memberikan hadis kepadanya. Setelah beberapa lama ia menunggu, syeikh tiak juga masuk ke dalam rumah untuk menemuinya, seakan-akan syeikh tidak mempedulikan kedatangannya.

Merasa terlalu lama menunggu dan tidak dihiraukan oleh tuan rumah, Imam Ahmad berniat untuk beranjak dari tempat duduknya untuk menemui syeikh. Namun, tiba-tiba syeikh muncul dari luar dan menghampirinya.
Setelah bertanya asal, maksud, dan tujuan Imam Ahmad, si syeikh berkata, “Mohon maaf bila aku tidak segera menemuimu dan memenuhi harapanmu datang kemari. Aku melakukan ini kerana mengamalkan hadis Rasulullah saw, “Barang siapa memutuskan harapan seseorang yang berharap padanya, nescaya Allah memutuskan harapannya, dan orang tersebut tidak akan masuk ke dalam syurga”. Aku mengetahui engkau mengharapkan sesuatu dariku. Namun di depan tadi ada banyak sekali anjing yang datang, tidak seperti biasanya. Mereka datang dalam keadaan lapar. Mereka tengah mengharap makanan dariku. Itulah sebabnya aku memenuhi dahulu harapan mereka, kerana mereka lebih dahulu datang ke tempat ini daripada engkau. Setelah harapan mereka dipenuhi dan semuanya merasa kenyang dengan makanan yang aku berikan, barulah aku menemuimu di sini.”

Imam Ahmad kagum dengan ketinggian akhlak dan ketakwaan syeikh yang didatanginya itu. Ia pun kemudian mengambil hadis yang syeikh sampaikan tersebut dan meriwayatkannya...

Moga kita sama-sama berusaha mengamalkan Sunnah Rasulullah saw dalam setiap hari kehidupan ini...

MENYESAL

Wahai jiwa jiwa yang sedang bangkit hari ini, jangan luangkan waktu berharga kita untuk menyesal, kerana penyesalan hanya akan menambahkan beban dan menjadi kerikil yang menutup celah celah kebahagiaan di hati kita…


Selama kita menyesal, selama itulah hati kita tertindih oleh beban yang kita fikirkan. dan selama itu juga ketajaman mata hati kita tidak berfungsi, bahkan buta dan memandang dunia ini buruk.

Padahal dunia ini bukan tempat untuk menyesal. Dunia ini indah dan menakjubkan, isi dunia ini telah Allah cukupkan untuk mengisi jiwa jiwa dan perut perut makhluk Nya, hanya manusia kadang kala terlalu cerewet, hingga ia tidak "benar benar hidup" dalam hidupnya.

Manusia terlalu banyak bertanya dan mengutarakan pendapat. Sebahagian mereka tidak memahami peranan yang telah Allah amanahkan atas dirinya. Sebahagian yang lain berharap menjadi orang lain, malahan ada juga sebahagian mereka yang ingin mengubah orang lain menurut acuannya.

Betapa tidak bersyukurnya sekujur tubuh yang terbangun dipagi hari dengan segumpal penyesalan. Padahal matahari sudah memberikan sinarnya dengan cemelrang, hingga kita mampu melangkah bebas di dunia ini.

Jangan berlama-lama terdiam ditemani berpotong potong penyesalan, sementara waktu terus bergerak. Jangan melengah-lengah, sedarilah peluru kematian sudah pun keluar dari muncungnya dan sedang menuju diri kita dalam jarak yang tidak kita ketahui.  

Lepaskanlah, bangkitlah…!

Hadapi hari-hari dan berhati hatilah sebelum kita benar benar terbangun di kubur nanti dengan perasaan menyesal.

Hari itu tidak ada lagi cahaya matahari yg setiap pagi menemui kita...

Hari itu tidak ada lagi warna warna indah yang menghiasi dunia seperti hari yang biasa, hari itu hanya ada warna hitam…

Bersiaplah, lukiskanlah warna warna indah itu dari sekarang dengan memahami keindahan Islam.

Kerana hari itu tidak ada lagi kesempatan untuk menyesal,

Jika kita masih ingin menyesal, maka menyesallah hari ini, hari ini saja. Lalu fikirkan sedalam-dalamnya apakah penting hal yang kita sesalkan itu…?

Jika jawapannya tentang isi dunia, maka berhentilah menyesal, kerana dunia dan isinya ini adalah Ilusi. Simpanlah baik baik dalam minda kita terhadap pelajaran yang di perolehi dari kegagalan itu, agar esok lusa dan seterusnya kita tidak terperosok ke dalam jurang yang sama dan tidak ada lagi penyesalan yang sama…!

Dan…bersyukurlah kita masih boleh menyesal sepuas kehendak kita hari ini. Dan kita mampu memutuskan untuk berhenti menyesal. Kerana kita masih mendapati tubuh kita terbangun untuk hidup di antara keindahan hari ini, bukan terbangun di sebuah hari yang kata-kata penyesalan tidak ada ertinya lagi….

Jagalah hati……

Wassalam.

Tidur Yang Baik

Gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW. Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” (Hadis riwayat Bukhari). Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” (HR. At-Tirmidzi). Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi). Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168). Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih). Wallahua'lam

ANJING NERAKA

ANJING-ANJING NERAKA Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : 

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu (muslimin). 
· Bacalah Al-Qur'an 
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
 · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. 
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
 ·Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
 · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. 

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."


Wallahua'lam bissawab.....

Seksaan Di Dunia, Akhirat Jika Tinggal SOLAT Dan Kisah Benar

Seksaan Kubur RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan. Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab." Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?" Jawab Baginda: Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka). Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya). Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya. Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik). Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran. Doanya ditolak Allah. Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya." Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?" Jawab Baginda: Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan. Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar. Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?" Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti." Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat. Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh." Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?" Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar." Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah. Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).   Foto ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di Oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya. Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara islam di hari itu juga. Tetapi setelah pemakaman ayahnya merasa ragu atas diagnosa dokter dan menginginkan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kematiannya. Seluruh kerabat dan teman-temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat. Mayat tersebut begitu berbeda dalam 3 jam. Dia berubah tampak ke abu-abuan seperti orang yang sudah tua. Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras dan dengan tulang-tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga ujung-ujungnya sehingga menekan kebadannya. Seluruh badan dan mukanya memar. Matanya yang terbuka memperlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputus-asaan. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat. Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu: Menjaga sembahyang lima waktu  Banyak bersedekah  Banyak membaca al-quran  Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah) Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah Dusta  Kianat  Adu-adu  Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.) 

CUTE

Hai jom layan budak ni joget hehhehe

Wednesday 19 November 2014

AKUKAH

AKUKAH SAHABATMU


Dalam sebuah hadis Baginda saw menerangkan, bahawa pada Hari Kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke Syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.


Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke Neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.

Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke Syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu Syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke Neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam Syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke Syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke Syurga, bawalah aku ke Neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke Neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke Syurga dan melayani kamu”.

Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke Syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke Syurga dan mengapakah kamu ingin ke Neraka”?

Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke Syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke Neraka. Dahulu ketika hidup, aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dari ku supaya selamatkannya dari api Neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke Neraka supaya sama-sama di siksa di dalamnya”.

Kemudian kedengaran seruan Allah yang Maha Memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahui dirimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke Neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai Robb mu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam Syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.

Apabila dibaca saja firman Allah yang terakhir itu, aku rasa bergetar seluruh badan dan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan hadir dalam hati dan diri ini. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pemberi Rahmat. Adakah saudara-saudara seakidahku juga merasai getar hati saat membacanya...?

Moga Allah tempatkan kita semua dalam golongan yang beriman dan Dia sentiasa memberi kita rahmat Nya...

Jagalah hati...

Thursday 13 November 2014

RUMAH

Tersebutlah kisah dari sebuah kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia tentang sebuah keluarga yang mendiami rumah kecil. Isteri dan anak-anaknya hidup dengan amat sederhana. Akan tetapi, semua anaknya dikurniakan akal yang cerdas. Selain ahli keluarga dan pekerjanya, tidak ada yang tahu bahawa lelaki ia mempunyai ladang subur berhektar-hektar dan perniagaan yang kian berkembang di beberapa kota besar. Dengan kekayaan yang diselia secara holistik, itu ia dapat membantu ratusan keluarga yang bergantung pendapatan padanya. Tahap kemakmuran para pekerja dan pegawainya malahan jauh lebih tinggi berbanding si majikan. Namun, lelaki ini merasa amat bahagia dan damai menikmati perjalanan usianya.


Salah seorang anak gadisnya pernah bertanya, `Mengapa ayah tidak membina rumah yang besar dan indah? Bukankah ayah mampu?"  Si ayah lalu menjawab, "Ada beberapa sebab mengapa ayah lebih suka tinggal di sebuah rumah kecil. Pertama, kerana walau sebesar manapun rumah kita, yang kita perlukan hanyalah tempat untuk duduk dan berbaring. Sedangkan rumah besar sering menjadi penjara bagi penghuninya. Sehari-harian ia cuma mengurung diri sambil menikmati keindahan istananya. Ia terlepas dari masyarakat. Dalam masa yang sama,  ia terlepas dari alam bebas yang indah ini. Akibatnya ia akan kurang bersyukur kepada Allah"

Anaknya yang sudah cukup dewasa itu membenarkan ucapan ayahnya dalam hati. Apa lagi ketika si ayah melanjutkan bicaranya,  "Kedua, dengan menetap di sebuah rumah kecil, anak-anak akan menjadi cepat dewasa. Kalian ingin segera memisahkan diri dari orang tua supaya dapat menghuni rumah yang lebih selesa. Ketiga, kami dulu cuma berdua, ayah dan ibu. Kelak akan menjadi berdua lagi setelah anak-anak semuanya berumah tangga. Bukankah jika ayah dan ibu akan lebih tersiksa dengan suasana kesunyian jika tinggal di rumah yang besar?"

Si anak termenung. Alangkah bijaknya sikap si ayah yang nampak bersahaja itu. Padahal, ia seorang hartawan yang kekayaannya melimpah. Akan tetapi, keringatnya setiap hari bercucuran ke bumi. Ia ikut mencangkul dan menuai hasil tanaman. Ia betul-betul menikmati kekayaannya dengan cara yang paling memuaskan diri. Ia tidak melayang-layang dalam buaian harta benda sehingga sebenarnya bukan merasakan kekayaan, melainkan kepayahan semata-mata. Sebab banyak hartawan lain yang hanya mampu menghitung-hitung kekayaan mereka dalam bentuk angka-angka. Mereka hanya menikmati lembaran-lembaran kertas yang disangkanya kekayaan yang tiada tara. Padahal hakikatnya ia tidak menikmati apa-apa kecuali angan-angan kosongnya sendiri.

Kemudia anak itu lebih terkesima tatkala ayahnya meneruskan, "Anakku, jika aku membina sebuah istana anggun, kosnya terlalu besar. Dan pembiayaan sebesar itu kalau ku bangunkan rumah-rumah kecil yang sesuai sebagai tempat tinggal, berapa banyak warga muslim miskin mampu diangkat martabat mereka menjadi warga yang lebih dihormati? Ingatlah anakku, dunia ini disediakan Allah untuk segenap mahkluk Nya. Dan dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan semua penghuninya. Akan tetapi, dunia ini akan menjadi sempit dan terlalu sedikit, bahkan tidak cukup, untuk memuaskan hanya keserakahan seorang manusia saja"

Wallahu`alam….

Sunday 9 November 2014

CINTA BUAT PUTERA - PUTERIKU



Wahai anak-anak belahan jantungku...,

cinta yang sejati itu menyembuhkan, tidak menyakitkan. Jika kamu rasa cinta yang kamu alami sekarang menyakitkan dan kamu merana kerananya, itu adalah tanda cinta bukan cinta yang sebenarnya.

Cinta amat menyakitkan apabila diduga dengan perpisahan. Hampir semua orang rasa sakit dan berputus asa apabila berpisah. Betul katamu cinta itu memang bukan segala-galanya tetapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya.

Benar, mencintai makhluk memang berpotensi besar mengalami kehilangan kerana setiap makhluk sudah dijanjikan dengan kematian yang pasti. Dan mungkin juga berpisah disebabkan cinta ditolak kerana hati manusia mudah berbolak-balik. Bukankah itu semua sudah dijelaskan dalam Quran dan kamu sendiri sudah diberitahu oleh guru dan sahabatmu di sekolah?

Sebaik-baiknya apabila kamu bercinta, harus sematkan dalam hatimu bahawa setiap yang dicintai tidak akan kekal lama. Namun terkadang cinta itu membutakan kenyataan dan melekakan sehingga kenyataan itu tidak kelihatan walaupun jelas di hadapan matamu. Kamu hanya tersedar sesudah perpisahan itu terjadi. Dan lantas kecewa sehingga kamu sanggup menyalahkan takdir.

Puncanya, kamu sendiri sudah tahu. Kamu mendahulukan cinta makhluk daripada cinta Allah. Kerana itulah apabila kamu kehilangan cinta makhluk, kamu rasakan hilang segala-galanya. Sedangkan Allah tidak pernah berpisah denganmu.

Sebelum kamu mencintai seseorang, kamu harus bersedia menerima dua kemungkinan, sama ada diterima ataupun ditolak. Apabila ditolak, amat perit sakitnya. Apabila diterima, kamu teramat gembira sehingga merasakan seperti dunia ini kamu yang punya. kegembiraan itulah yang membuta dan melekakan kamu daripada hakikat yang setiap cinta makhluk itu sudah dijanjikan perpisahan. Kamu lupa segala-galanya kerana cinta itu membutakan.

Sebaik-baiknya setiap pertemuan dan permulaan kasih itu sudah disemat kukuh bahawa cinta makhluk tidak pernah ada yang kekal. Semua manusia akan mati termasuk kita, mereka, dia dan semua makhluk yang hidup. Sebaik-baiknya juga utamakan cinta Allah kerana ia tidak akan berpisah denganmu. Tidak akan ditolak malah cinta ini pasti diterima walaupun sejahat mana pun kamu. Apabila kamu mencintai Allah, kamu tidak akan pernah rasa kehilangan. Allah tidak akan pernah melupakan kamu, sebaliknya kamulah yang membuat pilihan untuk sering melupakan dan membiarkan cinta ini.

Tidak akan ada sesiapa pun yang mampu merebut cinta ini daripada kamu. Tidak akan ada juga yang merampas Allah daripada kamu. Jika kamu bermesra dengan Allah, kamu tidak akan pernah terpisah denganNya. Allah juga tidak pernah berpisah dengan kamu kecuali kamu sendiri yang memilih untuk berpisah denganNya. Inilah cinta yang paling menyembuhkan dan membahagiakan. Berbahagialah orang yang menyedari hakikat cinta ini.

Nah, sekarang pilihan ada di tanganmu. Pilihlah sama ada ingin hidup bahagia ataupun derita. Pandai-pandailah memilih cinta kerana Allah sudah berikan kamu akal dan hati untuk menilai. Jangan hanya dinilai dengan mata kasar. Nilailah dengan mata hati dan akal berlandaskan redha Ilahi. Pasti kamu tidak akan kecewa lagi.

Pesanan terakhir, jangan takut melepaskan cintamu yang menyakitkan bagi meraih cinta sejati yang mendamaikan. Bahagia di dunia belum menjamin kamu bahagia juga di akhirat. Cinta sejati tidak menzalimi, cinta sejati berorientasikan Ilahi. Utamakan cinta Allah, cinta manusia akan datang selepas itu. Jangan khuatir jika belum berjumpa cinta sejati daripada manusia apabila kamu sudah berjumpa cinta sejati daripada Allah.

Kerana itulah aku masih di sini mencari dan terus mencari cinta sejati redha Ilahi.

Wednesday 5 November 2014

KOMUNIKASI

“Hanya kepada Allah jua kita meminta pertolongan dan petunjuk” (QS 1:5)


Rasulullah pernah berwasiat kepada Muadz bin Jabal tentang bacaan doa yang didawamkan “Ya Allah , ajarkan aku tentang ingat (zikir) kepada Engkau, dan syukur serta ajarkan kekhusyukan dalam beribadah kepada Mu”.

Wasiat di atas merupakan pintu untuk membuka jalur komunikasi kepada Allah,  di mana ada hal-hal yang manusia tidak mampu berdialog dengan orang lain atau manusia tidak mampu menunjuk jalan keluar yang diinginkan.

Komunikasi adalah dialog langsung secara terus dan telus sesuai dengan keadaan hati kita, tidak perlu bergaya-gaya di hadapan Allah apalagi dilagu-lagukan. Cukup dengan diam dan rasa rendah hati (tawadhuk), serta menjaga kesopanan di hadapan Allah. Rasakanlah bahawa Allah sedang berada sangat dekat bahkan lebih dekat dari urat leher kita. Panggillah Asma Nya yang baik-baik …. Ya Allah…Ya Allah … Ya Allah berulang-ulang dengan menghadirkan hati serta kerinduan yang dalam. Usahakanlah untuk terus menerus dilakukan, terutama selepas selesai solat. Kemudian, jika ada kesempatan waktu lakukanlah dialog-dialog di mana saja kita berada, kerana Allah ada di mana saja kita ada.

Jika seandainya tiba-tiba kita menangis ketika berzikir atau malah ketika solat, hal tersebut tidak perlu dirisaukan kerana Al Quran telah menjamin dan akan membimbing perjalanan kita … mudah-mudahan kita mendapatkan kurniaan dari Allah swt. amin ( jika ada kesempatan, bukalah surah Maryam ayat 58).

Di dalam dialog kita, sebaiknya tetap berbekal dengan ilmu syariat, bahawa Allah bukan lelaki, atau wanita. Jangan sesekali dibayang atau disamakan dengan makhluk Nya.

Mulakanlah dialog dengan di dahului membaca :

BismIlahirrahmanirrahim…..


Dua kalimat syahadat


Selawat kepada Junjungan Muhammad saw…

Boleh dilakukan dalam posisi berdiri, duduk, mahupun berbaring sebagaimana diterangkan pada surah QS 4:103. Hubungkanlah  hati kita, perasaan kita, dan cuba timbulkan rasa rindu dan cinta kepada Allah. Panggil Asma Nya berulang-ulang (tanpa perlu di sibukkan dengan menghitung-hitung jumlahnya) dengan suara hati yang dalam …

Lakukanlah dengan bersungguh-sungguh sehingga terasa ada sambutan yang menyelubungi dalam hati kita …

Rasakan kedamaian dan keheningan yang sejuk di dada … sebut terus Ya Allah …Ya Allah … Ya Allah … dan kuatkan hati kita tetap berpegang kepada tauhid hanya Allah tujuan kita, terus gali hingga sampai ke dalam lubuk hati yang dalam … sehingga akan ada bimbingan di dalam hati kita untuk selalu ingat Allah … hati kita akan bergerak terus seakan-akan tidak mahu diajak untuk berhenti. Adakala lafaz  zikir kita berubah dengan sendirinya … ya Allah …. ya Allah berganti la ilaha illallah ….dan seterusnya …

Tubuh akan semakin ringan dan pasrah … hati menjadi lebih tenang dan terang benderang … rasanya sejuk dan nyaman yang akan mengakibatkan hati menjadi lunak dan mudah dikendali.

Keadaan tubuh adakala juga terasa semakin berat … getaran jiwa semakin kuat dan … emosi jiwa semakin tidak boleh disekat-sekat, rasanya ingin sekali berteriak sekeras-kerasnya untuk mengungkapkan rasa kerinduan yang dalam kepada Allah.  Saat itulah kita pasrahkan seluruh jiwa raga kita dengan ikhlas … sehingga Allah akan berkehendak membimbing solat… membimbing rukuk dan membimbing hati kita untuk bersabar

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Allah (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata” (QS 39:22-23)

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, iaitu Al Quran yang seragam  kualiti  ayat-ayatnya lagi berulang-ulang, hingga gementar kulit orang-orang yang takut kepada Robb nya, kemudian menjadi tenang kulit serta hati mereka di waktu mengingat Allah, itulah petunjuk…Allah

Kali ini, dengan izin serta ilham dari Ilahi, saya menepati janji saya untuk mengungkapkan secara praktikal dalam zikrullah bagi tujuan pembersihan hati. Kerana, pada intinya hidup ini,  “HATI” lah yang menjadi penyebab kerosakan manusia, dan pada hati juga, manusia menjadi tinggi darjatnya di sisi Allah. Kebersihan hati hanya mampu ditempuhi dengan jalan mengingati Allah (zikrullah) secara terus menerus, serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada Allah, kemudian barulah berupaya untuk berpaling dari kemahuan hawa nafsu. Itulah yang membersihkan dan menjernihkan hati.

Secara umum, Al Quran menggambarkan hati sebagai fokus dari apa yang membuat seorang manusia menjadi manusiawi, pusat dari keperibadian manusia. Dan kerana manusia terikat erat dengan Allah, pusat ini merupakan tempat di mana mereka bertemu Ilahi.

Hati merupakan pusat pemerintah bagi seorang manusia.  Allah meletak perhatian khusus padanya dan kurang begitu memperhatikan amalan-amalan fizikal yang dilakukan hamba-hamba Nya,  “…Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu…” (QS 33:5).

“Allah tidak akan menghukummu kerana sumpah yang tidak disengaja, akan tetapi Allah akan menghukummu kerana sumpah yang disengaja oleh hatimu . Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun” (QS 2:225).

Dan sebuah Hadis ada terakam bahawa, “Allah tidak melihat badanmu atau bentukmu ,melainkan ke dalam hatimu “.

Oleh kerana itu, hati adalah tempat yang dilihat Allah, ia merupakan kunci menuju kemunafikan, watak yang paling buruk dalam pandangan muslim. “Allah tahu apa yang ada dalam hatimu” (QS 33:51).

Hati adalah tempat di mana Ilahi mengungkapkan diri Nya sendiri kepada manusia. Kehadiran Nya terasa di dalam hati, dan wahyu diturunkan ke dalam hati para Nabi, “(Jibril ) menurunkan wahyu ke dalam hati nurani mu dengan izin Robb mu, membenarkan wahyu sebelumnya , ………” (QS 2:97).

Moga sama-sama mendapat manfaat.