Powered By Blogger

Tuesday 6 January 2015

MEDERMA



Hari ini aku nak cerita pasal rahsia kecantikan. Ahaks2... Sebenarnya bukanlah pasal kecantikan, tapi produk kesihatan yang aku sendiri pakai, sekadar berkongsi pengalaman. Yeahhhh.. Oklah, tanpa membuang masa aku mulakan penceritaan. Aku mula berkenalan dengan produk ini pada bulan puasa tahun 2013. Kalau dikira-kira sudah hampir 3 tahun aku pakai produk ini, hingga ke hari ini. Produk ni namanya MEDERMA. Mungkin para blogger boleh surf internet untuk cari pasal produk ini. Tapi di sini aku ingin berkongsi pengalaman aku sebagai pengguna. Produk ini bertujuan untuk menghilangkan parut-parut di kulit (Dengan Izin ALLAH S.W.T). Sama ada parut dalam atau parut kecil. Cara penggunaannya mengikut label kat bahagian belakang produk tersebut adalah dipakai 3 kali sehari. Tapi aku tak pakai pun 3 kali sehari, aku pakai sebelum nak tidur malam je. Nasihat seorang maulana pada aku, pakai ubat yang jenis sapu pada kulit, terutamanya pada kulit wajah, lebih baik dipakai sebelum tidur malam. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin untuk mengelakkan kesan sampingan dari terkena cahaya matahari, dari segi sains maybe. Mula-mula aku pakai produk ini, aku sapu pada kulit wajah aku dengan kuantiti yang banyak, dengan harapan dapat menghilangkan parut jerawat dengan cepat. hahahahah. Akan tetapi, amatlah bodoh tindakan itu, habis gatal-gatal muka aku sampai tak boleh nak tidur. Tahniah. Jadi keesokan harinya, aku terus ke farmasi tempat di mana aku beli produk ni. Jadi aku bertanya pada amoi tu (pekerja farmasi). "Amoi, kenapa gatal muka saya bila pakai ubat ni" (sedikit rekaan pada ayat nih, heheheh). Kemudia pekerja farmasi tu cakap "jangan pakai banyak-banyak, sapu nipis-nipis saja". Selepas dari peristiwa tu, dengan izin ALLAH s.w.t sudah tiada kesan sampingan. Aku bersyukur kerana parut-parut dalam kesan dari jerawat makin hilang dari hari ke hari. Harga ubat ni aku lebih kurang dalam range RM40, aku pun tak berapa ingat dah harga sebenar. Sekembali dari oversea, kawan aku yang juga nurse lelaki (seingat akulah) menasihatkan jangan mengharapkan perubahan yang terlalu cepat, sabar dan istiqamah dalam menggunakan sesuatu produk untuk merawat penyakit selagi tiada kesan sampingan. Ini adalah usaha secara fizikal. Yeaahhh. Di samping berusaha secara fizikal, jangan dilupa berusaha secara kerohanian, antaranya adalah:

1) Solat sunat 2 rakaat (solat hajat) minta dulu dengan ALLAH untuk sembuh penyakit yang kita ada, jangan terus pergi pada ubat. Kerana sakit sihat semuanya dalm genggaman ALLAH s.w.t.

2)Yakin kena betul, bukan ubat yang menyembuhkan, yang menyembuhkan ialah ALLAH s.w.t

3) Usaha dan tawakal.

Sunday 4 January 2015

Doa Hari Jadi


Hari lahir atau hari jadi merupakan hari yang istimewa bagi setiap orang. Berdoalah kepada Allah agar umur dan hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya. Berikut merupakan doa yang sesuai dibaca untuk menyambut hari lahir.
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
p/s: semoga ulang tahun kelahiran anda lebih bermakna dengan doa yang diamalkan. Selamat menyambut hari jadi.. :)