Powered By Blogger

Thursday 7 August 2014

Earth MH17


TRAGEDI MH17 SATU ‘ISYARAT BESAR’ UNTUK KITA BERSATU

Apabila berita MH17 dilaporkan terhempas, seperti biasa kita akan lihat juak-juak politik dari kem-kem berbeza mula salah menyalahkan antara satu sama lain. Yang tidak salahpun mereka manipulasi sehingga nampak salah dan mengurangkan kredibiliti saingan politik mereka.
APTOPIX Malaysia Plane
Malaysia sedang diuji bertubi-tubi. Bukan sekadar Malaysia tetapi juga umat Islam keseluruhannya. Lihatlah bagaimana kronologi kemusnahan yang berlaku dari Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir, Syria, Lebanon, Palestin, Rohingya.. bilakah tiba giliran kita? Adakah lagi nafsu untuk berfirkah dan berpecah-belah?
Malaysia juga diuji semenjak pencabulan kedaulatan negara di Sabah tahun lalu, tragedi kehilangan MH370, kembali semula serangan ke atas Sabah dan yang terkini pesawat kebanggaan kita MH17 hancur ditembak jatuh menyembah bumi asing. Jasad-jasad manusia melayang ke bumi. Masih lagi kita nak berpecah dengan segala dugaan ini? Ayuhlahhh…
Letak politik di tepi
Letak beza warna di tepi
Letak beza kaum di tepi
Letak beza agama di tepi
Jika dengan yang bukan Islam kita boleh bersatu dalam satu pakatan, mengapa tidak semua itu bersatu dalam satu pakatan yang lebih besar? Untuk apa penyatuan itu? Untuk membela maruah kita rakyat Malaysia yang sedang dibuli oleh kuasa besar..!!
TRAGEDI  MERAGUT 280 NYAWA  MH 17.
TRAGEDI MERAGUT 280 NYAWA MH 17.
KITA DIBULI.. MASIH BOLEH RASA SELESAKAH?
Jika kita menaiki sebuah van melalui satu kejiranan yang biasa kita lalui setiap hari, tetapi kali ini van kita diletupkan oleh jiran yang tidak kita bermasalahpun. Sebagai pemilik van dengan isi van yang sebahagiannya anak-anak kita juga… adakah sekadar cukup untuk membiarkan dan melepaskan mereka hanya dengan ungkapan kelat…
“Mereka tersilap…maafkanlah mereka, kita berbaik sangka sahajalah”
Pesawat kita sudah hancur berkecai, mayat dan cebisan mayat bergelimpangan dan berserakan merata-rata. Team penyelamat tidak juga kunjung tiba. Selapas 3 hari kejadian, pasukan penyelamat dan pencari yang kita hantar juga masih ding dong untuk mendapat kebenaran masuk ke kawasan kejadian. Hari ini baru diberitakan kemungkinan pasukan SAR kita akan berangkat menuju tempat kejadian, itupun masih belum pasti kerana menimbangkan tahap keselamatan.
Kotak hitam, hak mutlak kita diberitakan sudah dijumpai namun diambil pihak keselamatan Ukraine, 196 mayat pula dikutip oleh pihak pemberontak dan dibawa pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui. Sanak saudara sudah kering airmata meratapi insan yang ‘pergi’… dapat lihat jenazah pun jadilah..
Australia yang mengusulkan kepada PBB dikatakan hanya akan mengundi hari ini (isnin) agar memberi tekanan untuk pasukan penyiasat diizinkan masuk. Perlu UNDI LAGI??? Dalam soal kemalangan yang sadis begini, urusan geopolitik masih diutamakan. Terhegeh-hegeh untuk membuat keputusan. Apa sudah jadi dengan masyarakat dunia ini?
PENCULIKAN   WARGA CINA  DAN  PELANCUNG ASING.
PENCULIKAN WARGA CINA DAN PELANCUNG ASING.
APA TINDAKAN WAJAR MENANGANI PEMBULIAN INI?
Ada yang kata, kita patut turunkan segala kelengkapan peperangan kita untuk dikerah menyerang mereka. Sedar diri sedikit, itu tempat orang. Senjata dan kapal terbang kita pun mereka yang buat. Berbanding isu Palestin, jika mereka memiliki kelengkapan peperangan seperti kita, kemungkinan besar mereka mampu menang disebabkan KEBERANIAN mereka. Malangnya sudahlah yang berjiran buat tak tahu.. yang nak membantu pun masih sukar untuk bersatu.
Hari ini, adakah keberanian kita berbelah bahagi? Kita juang untuk apa? Untuk UMNO? Untuk PAS? Untuk PKR? Untuk DAP? Ataupun UNTUK MALAYSIA?
Kita semua membesar menyaksikan Penerbangan kebanggaan negara kita Malaysia terbang membelah angkasa melangkaui dunia. Penerbangan Malaysia sudah sinonim sebagai pembawa bendera Malaysia yang sangat kita banggakan dan hormati. Namun, semasa dalam keadaan senang dahulu, ada tangan yang gatal meraih keuntungan dan laba peribadi dengan pelbagai kes korupsi, nepotisme dan kronisme yang sudah sebati dalam praktis MAS.
Selepas kecundang, kita angkat semula syarikat itu dengan dana awam. Beberapa tahun kebelakangan ini, MAS asyik mencatat kerugian berbanding untung. Keadaan sangat Ramadh (panas). MAS wajib BERPUASA untuk bangkit semula. Bersihkan MAS dari segala amal korupsi yang telah menjadi barah. Harga RM2 boleh jadi sampai RM5 kerana RM3 untuk habuan jerung dan bilis di antaranya.
Untuk jadi patriotik tidak semestinya dengan menggalas senjata memperjuang kemerdekaan sahaja, tetapi mempertahankan diri sendiri dari melakukan keburukan yang mampu merosakkan integriti syarikat juga satu nilai patriotisma.
MAS berada dalam keadaan yang paling rendah moralnya sejak ia ditubuhkan. Ini bukan masa untuk kita menuding jari, ini masa untuk kita bangunkan semula tiang bendera kita yang sedang rebah. Jangan lagi cerita ini salah Anwar Ibrahim, ini salah Najib Razak, ini salah Tun Mahathir, ini salah Lim Kit Siang, tetapi tragedi yang berlaku ke atas kebanggaan Malaysia ini mampu untuk kita sama-sama atasi jika semuanya bersatu di bawah satu bendera.
Tolak dahulu perbezaan, sudah 2 kapal terbang kita dipermainkan seperti nyawa manusia di dalamnya langsung tiada harganya. Ini masanya untuk kita bersatu dan menyokong segala usaha yang dilakukan ke arah kekuatan negara. Mereka berani buli kerana kita lemah atau KELIHATAN lemah. YAB PM perlukan sokongan tidak berbelah bahagi atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, bukan perdana menteri UMNO, dan kita sewajarnya menyokong beliau atas dasar MALAYSIA dan bukannya parti.
PM mampu berdiri lantang atau lebih lantang lagi berbanding Tun Mahathir jika kita rakyat Malaysia mampu bersatu di belakang beliau dalam isu ini. Kemusnahan ini tidak mengira mangsa; dari parti mana, bangsa atau agama apa..!
Sebatang tubuh manusia akan jadi kuat untuk berfungsi jika semua anggota KIRI dan KANAN mampu dijalankan dan disatukan dengan 1 command dari 1 otak. Cukup cukuplahhh.. Kita patut belajar bagaimana kita masih bertelagah menghadapi isu Pecerobohan Sulu tahun lalu. Sepatutnya dengan kemampuan negara kita, isu Sulu itu boleh diselesaikan dengan mudah jika kita bersatu.
KESIMPULAN
Kekacauan yang berleluasa di seluruh dunia ini kerana manusia sudah tidak lagi ‘beragama’ kecuali atas nama dan IC semata-mata. Semua agama sudah tidak difahami, diamalkan dan dihayati secara BENAR lagi. Kita sudah lama lalai. Lihat betapa lemahnya Muslim Bosnia terhadap Islam, begitu juga keghairahan rakyat Palestine yang dahulunya sanggup menjual tanah mereka, lihat juga betapa banyaknya maksiat di negara Islam di sana sini.
Kita sudah tidak banyak bezanya dengan penganut agama lain. Riba’, rasuah, pecah amanah, arak dan zina telah menjadi amalan harian tanpa sedikitpun merasa berdosa. Lihatlah betapa warga Arab yang kaya raya dan hidup mewah senyap sepi tidak pedulikan nasib saudaranya. Bila Raja Faisal cuba bersuara mempertahankan Palestine 1975 dahulu, beliau dibunuh.. mengapa? Kerana ada yang gila kuasa.
Jika kita bersatu dan tidak melalaikan perintah agama seperti ini, tidak mudah untuk kita diperangi. Tidak dinafikan peperangan ini sebahagiannya ada unsur dendam antara agama. Namun hari ini, sebahagian besar penganut Yahudi dan Kristian sendiri membantah keras kezaliman Israel. Lihatlah berapa banyak peperangan dan pembunuhan yang tidak lagi berlandaskan agama sedang berlaku di wilayah bergolak di Rusia. Perang saudara sesama Islam juga melambangkan betapa bingungnya kita terhadap agama kita sendiri.
Manusia kini sudah kembali berperangai seperti haiwan, ibarat kera yang penuh dengan ejek mengejek dan tipu muslihat semata-mata kerana sesisir pisang. Manusia sudah sama, bahkan lebih teruk dari babi yang hebat dengan habit menyondolnya, yang najisnya sampai ke darah daging. (QS:5/60, QS;7/179).
Kita sudah kembali ganas seperti ular dan buaya yang bercabang lidahnya, yang sanggup membelit serta menalan mangsa sekali dengan kasut dan topi keledarnya. Ironinya, golongan yang jahat, ganas, membelit dan zalim seperti haiwan itu yang diagung dan disembah manusia.
Biar apapun konspirasinya, biar siapapun dalangnya, yang jelas MAS sedang teraniaya. Malaysia sedang dibuli oleh kuasa besar dan jahat. Kita perlukan seorang ketua yang kuat, tegas dan berani, di mana rakyat berdiri teguh di belakangnya untuk menyuarakan isihati dan hak rakyat Malaysia.
Kami rayu, marilah bersatu dengan memberikan sokongan padu kepada NEGARA MALAYSIA agar kita tidak menjadi ulam kuasa besar dunia ini.
MAS dan Malaysia sedang tertindas dan teraniaya dengan konspirasi ini. Doa golongan yang teraniaya itu mustajab secara semulajadi. Sudah naik kasihan pada MAS walaupun dahulu pernah rasa benci dan sakit hati.
Mari sama-sama beri empati dan simpati, berikan sokongan kepada PENERBANGAN MALAYSIA, kepada MALAYSIAN HOSPITALITY (MH), kerana KITA RAKYAT MALAYSIA dan bukannya Rakyat sebuah Parti. Ayuh bantu pulihkan semangat kakitangan MAS. Beri mereka peluang untuk bangun semula selepas tekanan bertubi-tubi ini.
Kami tetap dengan Penerbangan Malaysia.
WARGA PRIHATIN

London (malay)


Jersey bernomor punggung tujuh diyakini akan diberikan Manchester United kepada pemain baru mereka Juan Mata. Nomor keramat peninggalan pemain-pemain hebat MU macam George Best, Eric Cantona, David Beckham, dan Cristiano Ronaldo tersebut dinilai akan cocok untuk gelandang asal Spanyol tersebut.
Berbicara tentang nomor punggung tujuh milik MU, ada peristiwa cukup menarik dan lucu soal Mata dan jersey United. Kisah yang kemudian seperti menjadi benang merah kepindahan Mata ke MU tersebut terjadi pada 2010 silam kala sang pemain membela timnas Spanyol U-21.

Seperti diberitakan situs berita Kroasia 24Sata.hr, seorang wartawan asal Kroasia Antonio Bevanda menceritakan pengalamannya ketika memawancarai Mata dan Bojan Krkic jelang laga Spanyol melawan Kroasia pada 12 Oktober 2010. 

Wawancara ekslusif yang juga melibatkan seorang jurnalis Spanyol tersebut membahas tentang laga La Liga antara valencia melawan Barcelona yang digelar beberapa hari kemudian di Nou Camp. Mata yang saat itu mewakili sebagai pemain muda bertalenta Valencia melawan Krkic yang mewakili pemain muda Barca.

Usai sesi wawancara, Mata yang akan keluar ruangan diberikan sebuah jersey berwarna merah oleh jurnalis asal Spanyol yang ikut mewawancarai. Jersey tersebut oleh Mata kemudian diberikan kepada ibunya untuk dimasukkan kedalam tas.

Bevanda yang melihat hal tersebut pun penasaran. Meski secara jelas dia melihat jersey yang diberikan adalah jersey MU bernomor punggung tujuh milik Eric Cantona, Bevanda tetap menanyakannya kepada Mata.

"Saya melihat Anda memasukkan jersey ke dalam kantong. Apakah itu jersey Manchester United?" cerita Bevanda saat bertanya hal tersebut kepada Mata seperti dilansir 101greatgoals.com, Minggu (26/1).

"Mata tertawa dan menjawab,'Ya, ini adalah jersey United. Saya adalah penggemar berat MU'," lanjut Bevanda.

Bevanda menuturkan, kala itu, Mata yang merupakan salah satu gelandang muda terbaik di Eropa mengatakan berharap suatu hari nanti dirinya bisa bermain untuk MU.

"Saya berharap bahwa suatu hari saya akan bermain di Old Trafford ," tutur Mata seperti diceritakan Bevanda.

"Dari kata-katanya, aku melihat betapa dia (Mata) mencintai Inggris, dan bagaimana ia ingin bergabung dengan 'Setan Merah'," tandas Bevenda.

Selepas dari Valencia pada 2011, Mata memang merumput di Liga primer Inggris, namun tidak bersama MU melainkan bersama Chelsea. Tiga tahun bermain untuk The Blues, Mata bergabung bersama MU di bursa transfer musim dingin ini.
Pemain 25 tahun tersebut didatangkan MU dengan nilai transfers sebesar 37,1 juta Pound, yang memecahkan rekor transfer klub tersebut.

Mengenai nomor punggung tujuh di MU sendiri saat ini memang masih lowong. Musim ini nomor keramat tersebut dilepas oleh winger asal Ekuador Antonio Valencia. Sebelum Valencia, nomor tersebut pernah dikenakan oleh Michael Owen, namun baik Valencia maupun Owen gagal meneruskan tradisi para pendahulu mereka.(PJ)

EARTH (RENUNGAN BERSAMA)

SURAH ini termasuk dalam surah Makkiyah, keseluruhan ayatnya berjumlah 21 ayat, dan turun selepas surah al-A’la. Hubungan surah dengan surah yang sebelumnya, iaitu pada surah terdahulu ada disebutkan tentang kebahagiaan orang yang mengotorkannya.


Dalam surah ini pula Allah SWT sebutkan bentuk kebahagiaan yang akan diperolehi dan bentuk kecelakaan yang akan didapati. Jadi, surah ini seolah-olah huraian yang lebih terperinci daripada surah sebelumnya.

Firman Allah SWT: Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), dan siang apabila ia lahir terang-benderang, demi yang menciptakan (makhluk-makhluk-Nya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina).
Ibn Kathir berkata, yakni jika menutupi makhluk dengan kegelapannya dan cahaya dengan sinarnya begitu juga demikian sama ciptaan manusia. Ketika sumpahan ini menggunakan hal yang bertentangan maka yang disumpah pun juga saling bertentangan.

Syed Qutud dalam Fi Zilal al-Quran menyebut: Biar bagaimanapun percubaan yang dilakukan oleh para pengingkar dan para penyesat untuk menolak hakikat ini dan mengalihkan pandangan-pandangan manusia daripada mengamatinya, namun hati manusia tetap berhubung dengan alam buana ini.

Mereka juga menerima saranan-saranannya, memerhati perubahan-perubahannya dan memahami secara spontan setelah berfikir dengan mendalam bahawa di sana ada satu kuasa pentadbir yang pasti dirasa dan diakui kewujudannya di sebalik pendapat-pendapat yang karut dan sikap yang menolak dan mengingkarinya.

Begitu juga penciptaan jenis lelaki dan perempuan atau jantan dan betina. Penciptaan jenis pada manusia dan binatang-binatang mamalia itu bermula dengan setitis nutfah yang menetap dalam rahim atau dengan satu sel dari lelaki yang bersatu dengan sebiji telur perempuan. Tetapi mengapakah pada akhir perkembangannya tidak sama, yang ini menjadi lelaki dan yang itu menjadi perempuan. Siapakah yang memerintah begitu?

Penemuan faktor-faktor yang menjadikan nutfah ini lelaki dan nutfah itu perempuan tidak mengubah hakikat, kerana yang menjadi pokok pertanyaan mengapa faktor-faktor itu wujud pada nutfah ini dan tidak wujud pada nutfah yang lain?
Bagaimana kejadian lelaki dan perempuan (betina dan jantan) ini merupakan kejadian yang selaras dengan garis perjalanan hidup dan menjamin kesinambungan hidup melalui proses beranak-pinak sekali lagi?

Adakah ini berlaku secara kebetulan? Tetapi kebetulan juga mempunyai undang-undangnya dan mustahil segala-galanya berlaku secara kebetulan. Mahu tidak mahu pasti diakui bahawa di sana ada Tuhan Pentadbir yang menciptakan lelaki dan perempuan kerana tujuan dan matlamat yang tertentu. Kebetulan dan kejadian secara automatik sama sekali tidak mempunyai tempat dalam peraturan alam ini.

Penutup
Ayat-ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dapat juga difahami sebagai perintah untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menghindari yang tidak bermanfaat, serta beramal sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Kemudian menyerahkan persoalan-persoalan ghaib, seperti balasan dan ganjaran kepada Allah SWT.
Ini serupa dengan perintah untuk mencari rezeki yang dituntut dari kita adalah berusaha sekuat kemampuan, lalu menyerahkan hasil usaha itu kepada Allah SWT.

Jangan sekali-kali mengadu nasib dalam memperolehi rezeki kerana perolehan rezeki serta kegagalan memperolehnya sering kali berkaitan dengan upaya anda.

Syed Qutub berkata: Demikianlah berakhirnya bahagian pertama surah ini dan dari bahagian ini ternyatalah bahawa di sana terdapat dua jalan yang diikuti manusia di setiap zaman dan tempat.

Kedua-dua jalan itu merupakan dua golongan atau dua panji yang berlainan walaupun bentuk dan warnanya beraneka ragam.

Setiap orang yang berbuat untuk dirinya apa yang dipilih olehnya, sedangkan Allah akan memberi kemudahan kepadanya untuk menuju ke jalan pilihannya sama ada jalan kesenangan atau jalan kesukaran.

INDONESIA (Bersyukur Ketika Mendapat Nikmat, Bersabar Ketika Tertimpa Musibah)

Dalam sebuah haditsnya yang diriwayatkan dari sahabat Suhaib ra Rasulullah SAW bersabda : Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin itu, bahawa semua urusannya selalu baik, dan ini tidak dimiliki oleh sesiapapun selain oleh orang mukmin sendiri, iaitu jika dia mendapatkan keberuntungan / hal-hal yang menyenangkan dia bersyukur dan itu adalah sangat baik baginya, dan sebaliknya jika dia tertimpa musibah yang menyedihkan dia bersabar dan itupun sangat baik baginya. (HR.Muslim)

Hadits ini oleh Imam Muslim disebutkan dalam bab Zuhud, yaitu hal-hal yang membicarakan sikap seseorang dalam menghadapi percaturan dunia yang tidak stabil atau yang kontras. Kerana memang kehidupan duniawi ini cenderung selalu berubah setiap saat. Dan itulah tabiat alam, seperti yang dikatakan ahli mantiq : alam dunia ini selalu berubah-ubah, dan setiap yang berubah-ubah itu pasti barang baru). Yang tidak berubah itu hanya Allah, kerana Allah itu Maha Esa. Perubahan alam yang juga perubahan kehidupan ibarat roda yang berputar, ada satu titik yang disatu saat berada diatas dan pada satu saat berada dibawah. Setiap manusia akan mengalami situasi seperti itu, disatu saat dia senang kerana mendapatkan nikmat, tapi disaat lain dia akan susah karena mendapatkan musibah. Dan hal itu suatu fitrah. Lalu bagaimana Islam yang dinamakan agama fitrah ini mengajarkan kepada umatnya untuk menyikapi hal yang kontras seperti itu ?, pertama-tama Islam memberitahukan bahwa suasana yang kontras seperti itu adalah ujian sebagaimana dipertegas dalam Al Qur’an S.Al Anbiya’ : 35 : tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.


Menyikapi hal seperti itu diperlukan keseimbangan mental iaitu : bersyukur ketika mendapatkan kenikmatan, bersabar ketika mendapatkan musibah. Syukur ertinya merasa puas terhadap nikmat yang diberikannya itu : Siapa yang tidak berterima kasih kepada orang lain (yang berjasa) maka sama halnya dengan tidak bersyukur kepada Allah (HR. Ahmad dan Tirmidzi). Sedangkan sabar ertinya menahan diri / tidak emosi ketika terjadinya musibah itu. Kalau sikap seperti itu dapat dilakukan maka akan ada keberuntungan yang didapat baik yang menyangkut peribadi mahupun lingkungannya iaitu: jiwa menjadi tenteram (sakinah), lingkungan kondusif, pahala untuk persiapan menyungsong hari akhirat dan pertambahan nikmat. Ini semua dapat diperkuat dengan firman Allah dalam Al Qur’an S.Al Hadid : 22-23 :Tiada suatu bencanapun yang menimpa dibumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakan. Sesunguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu (tidak berhasil), dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.


Firman yang lain dalam S.Az Zumar : 10 yang maknanya : tipe manusia jika mendapatkan kesempitan ia menadahkan tangan kepada Allah minta untuk dipecahkan, sementara ketika mendapatkan kemewahan lupa daratan. Untuk itu lalu oleh Allah diingatkan : siapapun yang berbuat baik didunia ini akan mendapatkan imbalan kebaikan, yakni lakukan apa saja yang baik didunia ini pasti oleh Allah akan diberikan imbalan yang baik. Bumi Allah sangatlah luas karena it uterus berusaha, dan jangan hanya disatu tempat. Dan sikapi semua itu dengan kesabaran, karena kesabaran itu akan mendatangkan pahala dan imbalan yang tidak terkirakan, atau dengan kata lain lakukan semua itu dengan ketekunan dan tahan emosi. Pada saatnya nanti akan ada imbalan yang tidak terduga-duga didunia, sedang pahala di akhirat tidak terhingga.

Alam Kubur





Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikankan dan setelah setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat.



Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam ra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya bersinar bagai matahari, namanya Roman.



Dia masuk kepada mayat dan berkata, "Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu." Mayat menjawab, "Dengan apa aku menulis? Mana penaku, mana dakwatku dan kertasku?" Sahut malaikat Roman, "LUDAH mu sebagai DAKWAT, JARI mu sebagai PENA." Mayat bertanya, "Di atas apa aku menulis?" Sabda Rasulullah saw, "Maka malaikat itu memotong tali kapan dan dicarikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya, “Inilah bukumu dan tulislah sekarang".



Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN. Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya. Kata malaikat, "Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Allah yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu, hingga kamu merasa malu kepada aku?"



Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya. Lalu berkata si hamba tadi, "Angkatlah saya dan saya akan menulisnya." Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor. Tanya si mayat, "Dengan apa aku copkannya?" Jawab malaikat, "Kamu COP dengan KUKU mu itu." Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari KIAMAT.



Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 13 bermaksud, "Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalung) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari Kiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka."



Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari Kiamat di waktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan. Tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti. Maka firman Allah, "Mengapa kamu tidak baca?" Maka jawab si hamba, "Aku malu kepada Mu ya Allah." Firman Allah lagi, "Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?" Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi.



Kemudian datang firman Allah lagi dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud, "Peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala"



Wallahu`alam




Jagalah Hati...

MATI



"Guru, saya sudah bosan dengan hidup ini. Sudah jemu betul rasanya. Rumah tangga saya berantakan, tidak lagi harmoni. Perniagaan saya pula semakin merosot . Apapun yang saya lakukan kelihatan hanya menghasilkan kekecewaan sahaja. Saya ingin mati."

Si Guru tersenyum, "Oh, kamu sakit."

"Tidak, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya sudah putus asa dan jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati."

Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, Si Guru meneruskan, "Kamu sakit. Dan penyakitmu itu di panggil, 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alergi terhadap kehidupan."

Banyak sekali di antara kita yang alergi terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini terus berjalan. Sungai kehidupan terus juga mengalir, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di satu sudut dan kita tidak lagi ikut mengalir bersama aliran air. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Kita menahan diri untuk terus ikut mengalir bersama kehidupan. Itulah yang membuatkan diri kita sakit.
Selagi ia bernama usaha atau ikhtiar, pasti ada pasang-surutnya. Dalam hal berumah-tangga, turut dipengaruhi oleh masalah yang sama. Ia sebuah lumrah. Persahabatan pun tidak selalu berjalan lancar… tidak selamanya tenang. Mana ada yang berkeadaan statik dalam kehidupan ini. Adakah kita tidak menyedari sifat kehidupan memang sebegitu kejadiannya? Kita sentiasa ingin mempertahankan suatu keadaan. Tapi kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal saja kamu ingin sembuh dan bersedia menurut tunjuk ajarku." Demikian Si Guru memberikan saranan.
"Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul jemu. Tidak, saya tidak ingin hidup lagi." Lelaki itu menolak tawaran Si Guru.
"Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"

"Ya, memang saya sudah bosan dengan hidup."
"Baiklah jika begitu keputusanmu. Petang esok kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi esok petang, pukul 6 dan tepat jam 8 malan nanti kamu akan mati dengan tenang."

Giliran si lelaki itu pula menjadi binggung. Setiap guru  yang dia datangi selama ini selalu berupaya untuk memberikannya kata-kata semangat untuk terus hidup. Yang satu ini aneh. Malahan, ia menawarkan racun pula. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang hati.

Sesampainya di rumah, dia terus menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh gurunya itu. Dan, ia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah ia rasakan sebelumnya. Begitu damai, begitu santai! Tinggal 1 malam, 1 hari lagi, dan ia akan mati. Ia akan dibebaskan dari segala macam masalah.

Malam itu, ia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di hotel 5 bintang. Sesuatu yang sudah tidak dilakukan selama beberapa tahun terakhir ini. Oleh kerana malam ini adalah malam terakhirnya, ia ingin meninggalkan kenangan manis buat ahli keluarganya. Sambil makan, ia bersenda gurau. Suasananya sangat santai.

Sebelum tidur, ia mencium kening isterinya dan membisik di cupingnya, "Sayang, aku mencintaimu." Hatinya berbisik, ‘Kerana malam itu adalah malam terakhir, aku ingin meninggalkan kenangan manis’.

Esoknya bangun tidur, ia membuka jendela kamar tidur dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan ia terasa ingin untuk melakukan jogging pagi itu. Pulang ke rumah setengah jam kemudian, ia melihat isterinya masih tidur. Tanpa mengejutkannya, ia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Hatinya berbisik, ‘Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, ia ingin meninggalkan kenangan manis’.

Di pejabat, ia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun menjadi binggung dengan tingkah laku majikan mereka, "Hari ini, perangai Boss kita aneh ya ?" Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi ramah serta mesra. Hatinya terus berbisik, ‘Kerana siang itu adalah siang terakhir, ia ingin meninggalkan kenangan manis’.

Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Ia menjadi ramah dan lebih toleransi, bahkan bersikap terbuka terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Ia mulai menikmatinya. Pulang ke rumah jam 5 petang, ia mendatangi isteri tercinta yang menunggunya di beranda depan. Kali ini si isteri pula yang memberikan ciuman kepadanya, "Sayang, sekali lagi abang ingin minta maaf, kalau selama ini abang selalu menyusahkanmu" Katanya.

Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkahlaku kami."

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Ia mengurungkan niatnya untuk bunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah ia minum, petang semalam?

Ia segera mengunjungi gurunya petang itu. Melihat wajah lelaki itu, rupanya Si Guru sudah mengetahui apa yang telah terjadi, "Buang saja botol itu. Isinya air biasa saja, kau sudah sembuh. Apabila kau hidup dalam masa ini apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa saja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan." Kata Si Guru.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih dan bersalam, malah memeluk erat Si Guru. Lalu ia pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya.

Hingga kini, ia masih mengalir terus. Ia tidak pernah lupa hidup dalam masa ini dan belajar melepaskan beban di hati. Itulah sebabnya, ia selalu bahagia, selalu tenang, selalu hidup.

Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati…..

Wassalam.

DOA DARI AL QURAN


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (QS 2:186)

  • Ya Robb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka (QS 2:201)

  • Ya Robb kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. (QS 2:250)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (QS 2:286)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. (QS 2:286)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS 2:286)


  • Ya Robb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia). (QS 3:8)


  • Ya Robb kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS 3:147)


  • Ya Robb kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun. (QS 3:192)


  • Ya Robb kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Robb mu”, maka kami pun beriman”. (QS 3:193)


  • Ya Robb, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. (QS 3:193)


  • Ya Robb, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. (QS 3:194)


  • Ya Robb, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang kerugian (QS 7:23)


  • Ya Robb, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu. (QS 7:47)


  • Ya Robb, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya. (QS 7:89)


  • Ya Robb, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu). (QS 7:126)


  • Ya Robb, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang’zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir. (QS 10:85-86)


  • Ya Robb, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit. (QS 14:38)


  • Wahai Robb, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). (QS 18:10)


  • Ya Robb, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (QS 25:74)


  • Ya Robb, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala. (QS 40:7)


  • Ya Robb, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS 40:8)


  • Ya Robb, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman. (QS 44:12)


  • Ya Robb, berilah ampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Robb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (QS 59:10)


  • Ya Allah, hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. (QS 60:4)


  • Ya Robb, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS 66:8)

HATI TIDUR

Salam kepada para penyambut seruan Nya! Juga salam khusus kepada hati-hati yang kembali segar dengan mengingati Allah, dan yang masih mengetuk pintu limpahan kurnia dan rahmat Nya! Pada hari-hari begini, pada malam-malam sebegini, dan pada detik-detik yang mulia ini, betapa banyak manusia yang dengan penuh kesedaran jiwa melepaskan diri mereka dalam pesona kerohanian dan menerangi hati dan jiwa mereka dengan bertaubat dan insaf. Mereka membersihkan karat-karat dosa dan kesyirikan dari diri mereka di tengah gelombang rahmat Allah yang datang silih berganti. Salam kemuliaan limpahan Allah jua kepada hati-hati ini, kepada segenap pemilik hati-hati yang bersih…


WAHAI JIWA YANG TIDUR,
BANGUNLAH DARI TIDUR YANG PANJANG,
DARI KELEKAAN DUNIA YANG FANA
DARI MATI HATI YANG KELAM,
TIDAK KITA SEDAR...
BAHAWA RAHMAT ALLAH TERBENTANG DI DEPAN MATA KITA
TAPI KITA TERUS ASYIK DENGAN DUNIA INI YANG SIFATNYA SEMENTARA,

WAHAI JIWA YANG TIDUR,
BANGUNKANLAH MATA HATI KITA
CELIK SELUAS-LUASNYA MATA FIKIR KITA
KERANA MASA KITA TIDAK LAGI LAMA…


MASA KITA HANYA SEKELUMIT SAJA,
SEBAB ESOK KITA AKAN MENGHADAP ALLAH DENGAN TANGAN KOSONG
MAKA DI NERAKA LAH KITA DITEMPATKAN SELAMA-LAMANYA…


Salam puisi di atas satu manifestasi keadaan jiwa kita yang tidak pernah sedar bahawa kehidupan singkat ini hanya platform untuk kita hidup di alam akhirat yang kekal abadi. Oleh itu saya berpesan kepada diri saya dan seluruh yang membaca, marilah kita pertingkatkan amalan dan berdoalah seperti mana beberapa doa para sahabat iaitu, “Ya Allah tolong aku untuk sentiasa berbuat ibadah baik kepada Mu, tolong aku untuk sentiasa mensyukuri nikmat Mu dan tolong aku untuk sentiasa mengingati Mu”

KEPENTINGAN MENGHIDUPKAN MALAM

Firman Allah bermaksud, “Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Umat Islam dianjurkan melaksanakan qiamullail (tahajud) pada bahagian akhir malam sebagai manifestasi kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat Nya yang begitu banyak dikurniakan kepada kita. Sesungguhnya solat pada akhir malam akan melahirkan kekuatan jiwa, memperkukuhkan keinginan dan azam untuk patuh serta taat kepada Allah.

Beribadat dan bermunajat kepada Allah pada malam hari, di kala insan lain sudah lama nyenyak dibuai mimpi indah. Ia suatu gambaran keikhlasan kepada Allah dan seterusnya membebaskan diri dari sifat riak yang boleh membakar seluruh amalan kebajikan.

Bermunajat dengan melaksanakan tahajud pada malam hari mengecewakan syaitan yang tidak jemu menggoda dengan pelbagai bisikan dan mendodoi manusia supaya terus lena hingga ke pagi hari.

Sabda Rasulullah saw, “Ketika kamu tidur, maka datanglah syaitan dengan mengikat ubun-ubunmu dengan tiga ikatan. Dan apabila ia terjaga dengan menyebut nama Allah, maka terlepaslah satu ikatan, jika ia terus berwuduk maka terlepaslah ikatan kedua, kemudian apabila diikuti dengan solat Qiamullail, maka terlepaslah ikatan yang ketiga dan pada waktu pagi berada dalam keadaan segar dan giat, jika tidak berbuat demikian, maka akan kencinglah syaitan dalam kedua-dua telinganya.” (A-Misykuh)

Rasulullah saw sentiasa mengingatkan kita berhati-hati supaya tidak diperdayakan syaitan laknatullah. Hati yang tergoda dengan syaitan akan timbul sifat malas untuk melaksanakan ibadat, hati menjadi keras dan liat untuk mendengar serta mendekati ilmu keagamaan.

Daripada Ibnu Mas’ud katanya, “Sudah disebut perihal lelaki di hadapan Nabi saw. Katanya, lelaki itu berterusan tidur hingga subuh dan tidak bangun sembahyang lalu Nabi bersabda: “Sesungguhnya lelaki itu dikencing oleh syaitan di dalam telinganya.” (Hadis riwayat Syaikhan dan an-Nasa’i)

Oleh demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan bermunajat kepada Allah akan mendapat kasih sayang dari Allah dan kasih sayang Allah itu terpancar dari Nya melalui sikap serta tindakan si hamba.

Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah, yang seterusnya orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan kasih dan hormat akibat pancaran kasih sayang Allah kepadanya.

Firman Allah, “Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Robb mu (memberi tempat kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami. Dan bertasbihlah menemui Robb mu semasa engkau bangun. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepada Nya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh)”. (Surah al-Thur, ayat 48-49)

Allah menyediakan banyak pengurniaan Nya terhadap orang yang sanggup menukar tempat tidur dan masa istirehatnya, tilam yang empuk, bangun dalam kesejukan untuk bersuci dan terus beribadah kepada Allah, dijanjikan kedudukan yang terpuji baik di dunia mahupun akhirat.

Sejarah lampau membuktikan bahawa Salahuddin Al-Ayubi seorang pemimpin tentera Islam dalam peperangan Salib hanya memilih orang yang mengerjakan qiamullail untuk bertempur di medan peperangan kerana mereka ini memiliki kekuatan jiwa dan keteguhan peribadi yang tinggi. Hasilnya, pihak Islam menang dalam peperangan itu.

Dalam satu hadis Rasulullah saw menjelaskan bahawa barang siapa bersolat pada malam hari dengan sanggup bersengkang mata melaksanakan solat tahajud, Allah akan memberi sembilan kurniaan kepadanya. Lima kurniaan di dunia dan empat lagi di akhirat.

Sabda Rasulullah saw, daripada Umar bin al-Khattab yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat malam, dan dia membangunkan solat, maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara: Lima perkara di dunia dan yang empat lagi di akhirat.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut tawaran Allah untuk bangun menunaikan qiamullail iaitu ganjarannya terlalu besar nilainya, lebih besar dan bernilai dari dunia ini dan segala isinya. Janganlah sampai ayam yang tidak berakal itu lebih pintar dan lebih baik daripada kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, janganlah engkau tidur di kala ayam jantan berkokok pada waktu fajar.”