Powered By Blogger

Saturday 16 April 2016

Cara Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita

Berubah itu mudah Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah. Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.Mungkin, perkara ini normal dalam masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.

“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”
” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”
menjatuhkan semangat
menjatuhkan semangat
Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.
Bab kata saya, ni kita panggil BOB.BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”
Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender.
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?


#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati

Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.
Pada mulanya mungkin kita berasa sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.
Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.
Memang pada mulanya kita akan selalu menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.
Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)
.

#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba

Biasa orang-orang dari golongan BOB ini suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.
Oleh apa yang boleh kita buat?
Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?
Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.
Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.
Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir  mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.
Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum.
Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.
Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.
Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.
Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.

#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan

Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.
Memperlekehkan, menyindir, mengejek, memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola dipadang?
Perasankah anda ada penonton yang berada dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi semangat kepada pemain.
menjatuhkan semangat
Jangan hilang fokus!
Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.
Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan baik dan mudah ditewaskan.
Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.
Masalah yang mungkin timbul
Yang menjadi masalah, kadang-kadang disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.
Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?
Berdirilah atas kaki kita sendiri.
Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.
Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!

#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..

Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang yang terlalu aggresif memprovokasi  kita, sebaiknya kita menghindar diri buat sementara waktu.
Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.

Penutup: Berdoalah kepada Allah

Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.
Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini  dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang  itu merupakan penyakit hati.
Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.

Kawan Makan Kawan

Assalamualaikum..


wess,, lama giler tak hupdate blog nie..lama tak berkongsi kisah..maaf..:)

disebabkan dari ber'blogwalking', tiba-tiba terdetik la hati nak update blog..terus tanya dekat twitter topik apa yang menarik then my best friend suggest kan topik nie..kawan makan kawan..menarik..! terus taip..;)

kawan makan kawan..?hailahh,,korang nie dah takde benda lain ke nak makan..? makan la secret recipe ke, kenny rogers ke, sushi king ke..ini tak, kawan jugak yang korang nak makan. hairan..!dah la kawan tak ramai, yang berapa kerat tue pun kau nak telan..huh..



dalam dunia nie, kita kena sentiasa berhati-hati. tak semua yang rambut nya sama hitam dengan kita, yang handbag nya sama brand dengan kita, yang badan nya sama besar dengan kita, punya hati sama kita..faham..? senang cakap, tak semua kawan tue boleh jadi sahabat kita..rasa nya ada dalam salah satu entry pasal kawan dan sahabat..

contoh nya, kau nie memang jenis peramah, baik hati, mudah mesra, open-minded. punya kawan yang sentiasa ada siang malam dengan kau, makan sama, study sama, shopping sama sama. disebabkan kau nie mudah mesra, mudah percaya orang, habis semua kisah hidup, masalah kau cerita ke dia, dengan satu pegangan bahawa dia kawan kau yang boleh dengar semua masalah kau. termasuk lah cerita pasal crush kau. kau syok gila dengan lelaki/perempuan nie, dah berapa lama kau stalk dia, semua kawan kau nie tau..kira macam persahabatan korang nie dah confirm ke syurga laa..


Tapi sebenarnya korang tak sedar rupanya selama nie dia cuba cari kelemahan kau. bila dia dah kumpul semua details pasal diri kau dia pun mula lah canang cerita bukan. yang betul jadi salah. yang baik jadi jahat. yang cantik jadi buruk. silap silap crush korang tue jadi pakwe/makwe dia..dan pada masa tue baru kau sedar yang persahabatan yang konon nya sampai syurga tue terbakar tiba tiba..sakit dia aku rasa lebih sakit dari putus cinta. aku rasa lah. haha..

korang rasa kenapa kita ada kawan macam tue..?apa tujuan dia sebenarnya..?banyak sebab sebenarnya..jom lah kita kaji sama sama...

1. DENGKI. nie paling simple. kau lebih dari dia dan dia nak jadi macam kau. so dia akan cuba apa cara sekali pun untuk jatuhkan kau ke bawah supaya dia boleh ambik tempat kau atau lebih tinggi dari kedudukan kau. misalnya kau jenis pandai bergaya. baju sentiasa cantik walaupun bundle. si dia nie dengki. maka dia akan fitnah atau reka cerita yang kau nie kikis duit suami/pakwe. dalam masa yang sama dia akan reka cerita yang baik baik pasal diri dia.


2. BERSAING. ini pun simple. kau ada target dalam satu satu hal. then kau tak tau sebenarnya dia pun ada target yang sama. so secara halus dia cuba rapat kan diri dengan kau. sampai satu masa dia akan jatuhkan kau. contoh, kau nak kan satu jawatan dalam organisasi nie. segala usaha kau cerita ke dia. dia pun dengan muka manis cuba bagi semangat. tapi sebenarnya di belakang kau dia ada agenda lain untuk buat kau tak dapat jawatan tue dan dia yang akan dapat...sama la dengan crush. kau susah payah nak dapat kan orang tue, tiba tiba sang kawan yang dapat. kenapa..?pikir lah sendiri.
cukup lah dia sebab kenapa korang dimakan oleh kawan korang. rasanya, salah satu cara nak tau korang ada kawan yang baik atau tak, cuba perhatikan cara komunikasi korang. kadang kadang kawan yang akan dump korang ialah dia jenis yang tak suka cerita hal peribadi dia sedangkan kau punya hal peribadi sampai lubang cacing dia korek.haaa...


ini semua antara pendapat la berkaitan topik kawan makan kawan nie. banyak je pengalaman lain kan. lain orang lain cerita. kesimpulannya, berhati hati dalam berkawan. tak semua kawan boleh jadi sahabat. jom kita ambik iktibar dari ayat ayat di bawah..

Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan : 


"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


salam..:)

Wednesday 6 April 2016

Tidak Masuk Syurga Memutuskan Silaturrahim (Akhir)

TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM (Bilangan 269 Bahagian Akhir)


بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hukum memutuskan silaturrahim

Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

َMaksudnya:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Bagaimana menghubungkan silaturrahim?

Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الصَدََقةُ عََلى اْلمِسْكِيْ ِ ن: صَدََقٌة، وَعََلى ذِي الرَحْ ِ م اِْثنَتَانِ: صَدََقٌة وَصِلٌَّة.
(سنن الدارمي)

Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)

Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?

Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‘ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)

Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim

Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:

1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.

2. Membawa kebahagiaan.

3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.

4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.

5. Mengisi kesedihan Iblis.

6. Dipanjangkan umur.

7. Menperoleh keberkatan rezeki.

8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.

9. Bertambah-tambah kehormatannya.

10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi keranamereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang
beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)