Powered By Blogger

Wednesday 30 April 2014

AKU HANYA INSAN BIASA

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang". Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a




"Aku hanya manusia biasa”. itulah satu-satunya perkataan ku dulu. Aku lupa… aku bukan sekadar manusia biasa. Aku sebenarnya manusia biasa juga hamba-Nya yang hina. Seorang hamba yang buta, bodoh, emosi dan lemah.


Aku buta kerana aku tidak dapat melihat sesuatu yang terang tentang cinta.


Aku bodoh kerana aku tidak dapat memahami hakikat sebenar tentang cinta.


Aku emosi kerana aku tidak dapat merasai sesuatu yang pasti tentang cinta


Aku lemah kerana aku tidak dapat menyedari sesuatu yang jelas tentang cinta.


Aku tidak pasti adakah aku pernah merasai “cinta” atau adakah yang pernah dan masih aku rasai ini adalah CINTA… Yang pasti… aku mencintai ibubapa ku, keluarga ku dan rakan-rakanku.

Oleh kerana “cinta-cinta” itu, aku pernah jadi buta, bodoh, emosi dan lemah… bukan kerana kejam dan tidak berperikemanusiaannya mereka pada cintaku. Tapi kerana biasa dan hinanya aku sebagai manusia dan hamba-Nya…


Aku lupa 2 ayat yang ternyata amat layak mengetuk relung hatiku…


“CINTA DUNIA” itu tiada yang kekal. Lalu… cintailah seadanya. Sebagaimana kita merelakan cinta dunia itu hadir dalam hidup kita, lalu kita juga perlu bersedia dengan lapang dada seandainya cinta dunia itu ingin pergi.


“CINTA SEJATI” itu suci, tulus, ikhlas. Tidak mengharapkan balasan… dan cinta sejati itu tidak semestinya bersatu. Tidak selalunya bersama.


Demi Allah ! Dia yang menciptakan kita, semestinya Dia lebih memahami kita. Dia menyayangi kita, amat mengambil berat tentang kita… lalu telah Dia tinggalkan peringatan-peringatan tentang bagaimana seharusnya cinta itu… supaya… di suatu saat, kita tidak bersedih saat kehilangan cinta dan kita tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan-Nya hanya kerana cinta…


Wallahu`alam


Tuesday 29 April 2014

SAHABAT PELENGKAP JIWA...



Saya bahagia mempunyai sahabat. Jiwa jadi tenang dan lapang.

Bukanlah sahabat itu orang yang sentiasa mengisi kekosongan jiwa.

Namun, sahabat yang soleh itu sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, meskipun tidak semestinya dengan kata, walau dengan hanya melihat wajahnya sahaja.

Kekosongan jiwa hanya boleh diisi dengan iman.

Ukhuwah itu sebahagian daripada iman, bukan?

Jadi, ukhuwah itu sendiri melengkapkan lompang-lompang yang ada dalam jiwa kita.

Sebab itu orang yang berbicara atas nama ukhuwah, namun tidak wujud dalam praktikal pergaulannya dengan sahabat, maka itu bukanlah ukhuwah.

Yang kita perlu rasai adalah sahabat atau saudara kita itu pelengkap jiwa kita.

Ukhuwah itu sebenarnya jalannya ke syurga.

Sungguh tidak elok jika kita cemarinya dengan sangkaan-sangkaan tidak baik, dengki, hasad serta sebagainya yang menunjuk jalan ke neraka.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah di antara keduanya dan bertakwalah kepada Allah moga-moga kamu beroleh rahmat”

Ukhuwah itu ada hubungannya dengan IMAN.

Ukhuwah itu ada kaitan dengan TAKWA.

Ia bukan urusan kecil. Rahmat Allah suatu yang besar. Rahmat Allah membawa ke syurga.

Memelihara dan menjaga ukhuwah itu membuahkan rahmah.

Justeru, masih ada ruang untuk kita meremehkannya...?



Wallahu`alam

Monday 28 April 2014

Single Tak bermakna Kita kesunyian


Bersendirian tidak bermakna keseorangan......

"Jangan selalu merasa kesepian. Ingatlah, bahwa ALLAH selalu setia berada disisi kita, tidak kira kita berada di mana sekalipun. Meskipun terkadang kita melupaka-Nya, tapi ingatlah, bahwa ALLAH maha penyayang."

"Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendak lah kamu katakan : Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka, ia perbuat! "Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata.. itu memberi peluang pada syaitan".
(Riwayat Muslim)

Wednesday 9 April 2014

Sahabat Selama-LamaNya


Assalamualaikum,

Mampukah kita menjadi seorang sahabat yang di gelar sahabat sejati?




Ukhuwah itu indah jika terjalin kerana Allah.

Ingatlah firman Allah SWT:

“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :


  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :

SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:

BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:

TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :


1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…


“SAHABAT”